40 Minggu

Bila Scan Jantung Tak Bergerak, Sebaknya Si Ibu Bila Anak Meninggal Dalam Kandungan…

8
SHARES

Ibu mana yang tidak sedih apabila cahaya mata yang dinantikan dalam kandungan pergi meninggalkan dirinya?Wanita ini menceritakan kisah yang cukup meruntun hati apabila anak yang dikandungya meninggal di dalam perut.Kisah yang dikongsi berjaya membuatkan rata-rata warganet berasa sebak dan simpati dengan nasib yang menimpanya itu.

“BILA SCAN TIADA SEBARANG PERGERAKAN PADA JANTUNG BABY”

anak meninggal dalam kandungan

Menerusi posting tersebut, wanita tabah ini membuat throwback dan menceritakan anaknya sudah menghadap sang Pencipta seminggu yang lalu. Difahamkan, tarikh jangkaan anaknya bakal dilahirkan adalah pada 15 April yang lepas, namun pada malam 8 April dia merasakan sakit ‘mengeras’ di bahagian perut dan pinggang.

Due Aisya 15/4 tapi perut ra dah start mengeras dari malam 8/4. Tetapi masih boleh rasa tendangannya, sikunya, memusing musing sungguh aktif baby masa tu. Papa siap main main sentuh lagi dgn aisya masa ni. Tapi siapa sangka ini kali terakhir utk papa. Tiba-tiba malam 9/4 perut ra sakit, perut ngeras skali lagi dan keluar sedikit lendir. Cuba mencari posisi yg selesa dengan meletakkan bantal di bawah perut. Tapi malam ni ra dah tak rasa sebarang gerakan. ra tertidur dengan sendiri selepas lama duk tahan sakit.

Bagaimanapun, keesokan harinya wanita ini mengambil keputusan untuk ke hospital bagi memeriksa keadaan bayinya berikutan tidak lagi kedengaran bunyi degupan puterinya itu. Apa yang lebih menyedihkan, apabila semasa pemeriksaan dibuat oleh salah seorang jururawat bunyi jantung anaknya itu tidak lagi berdegup seperti biasa.

Panggil la seorang jururawat buat benda yang sama. Tak dengar juga. Lastly, suruh doktor scan. Waktu scan tu memang hati berdebar debar, dan sah memang baby dah tak bergerak. Memang tak ada sebarang pergerakan kat jantung baby. Masa tu mengalir air mata cakap dekat doktor jangan buat camni check la sekali lagi. Tak tahu nak rasa apa. Sedih, kecewa marah pada diri sendiri, macam macam yang rasa. lepas tu doktor check ra dah buka 3cm , tapi scan baby Aisya dah tak bergerak…ya Allah masa ni tuhan je tahu macam mana perasaan ra. Memang air mata tu tak berhenti mengalir.

‘JUMPA NANTI DI SYURGA YA SAYANG..”

Bercerita lebih lanjut, wanita ini menjelaskan suaminya ketika itu mengharapkan berita yang baik, namun sangkaan tersebut sama sekali meleset. Bagaimanapun, bayinya itu telah selamat dilahirkan menerusi kaedah normal dan dia terpaksa duduk di wad semalamam pada mulanya.

Bila dengar suara papa je, terasa mcm orang gila masa tu. tak boleh cakap, menangis je. Hari ni sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia sebab hari jadi papa dan kami memang menjangka akan deliver hari ni tetapi disebaliknya.

Disebabkan baby dalam perut dah tak bergerak, terpaksa la ra teran sampai terbuka 10cm dgn contraction. Ingat boleh buat cept lagi tapi contraction lama juga. Ambil masa 24jam, Baby aisya keluar berat 3.2kg, besar juga, 51cm ya Allah tingginya tak mcm mak dia macam papa dia, cukup sifat, tak bengkak, tak gelupas, putih kemerah merahan. geram mama tengok. Masa tengah jahit, peluk cium sambil tak berhenti menangis. ya Allah….berat sungguh ujian Mu Ya Allah. Al-Fatihah Nur Aisyah Humaira.

Sudah ditakdirkan Aisya hanya bersama dgn mama sehingga 39 minggu 5 hari.

Pada masa yang sama, wanita ini turut memberikan pesanan kepada wanita yang sedang hamil supaya lebih peka dengan kandungan mereka dan tidak mengambil mudah jika berlaku sesuatu.

Sumber: Eyra Zaharah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×