Famili

Bila Last Anda Semak Skor CTOS? Ini Antara Sebab Anda Perlu Jadikan Ia Rutin, Elak Scam!

41
SHARES

Mungkin ramai dah pernah dengar tentang kepentingan skor kredit. Tapi, apa sebenarnya skor kredit tu?

Skor kredit adalah angka yang menunjukkan kebarangkalian anda untuk bayar balik hutang tepat pada masanya.

Bank atau institusi kewangan akan gunakan skor ni untuk menilai risiko sebelum mereka luluskan pinjaman dan juga kredit anda.

6 sebab kenapa penting untuk semak skor CTOS secara berkala! Jangan Lupa, Jangan Kantoi!

Meningkatkan Peluang Lulus Pinjaman 

Semak CTOS barulah anda boleh tahu sama ada peluang untuk buat pinjaman lebih cerah atau tak!

Skor CTOS adalah antara 300 (kurang baik) hingga 850 (terbaik). Jadi, semakin tinggi skor, semakin mudahlah untuk anda dapat pinjaman. Anda juga mempunyai peluang lebih tinggi untuk menikmatik kadar faedah yang rendah daripada bank untuk pinjaman anda, namun semua ini adalah tergantung kepada kepetusan daripada bank tersebut sendiri.

Haa.. Kalau ada sebarang tunggakan dalam laporan tu, bolehlah diperbaiki dulu sebelum buat permohonan pinjaman baru okay?

Kenal Pasti Penipuan Identiti dan Kecurian

Percaya tak, penipuan identiti ni sebenarnya semakin biasa terjadi? Dengan menyemak skor CTOS secara berkala, anda boleh detect kalau ada aktiviti yang mencurigakan seperti akaun pinjaman atau kad kredit yang dibuka atas nama anda tanpa kebenaran.

Bila cepat bertindak, boleh elakkan kerugian besar!

Semak Kalau Ada Kes Saman atau Kebankrapan 

Skor CTOS juga akan tunjukkan kalau ada kes litigasi atau rekod kebankrapan atas nama anda. Kalau ada kes yang belum selesai, ia boleh beri kesan negatif pada kewangan anda. Jadi, lebih baik semak sekarang dan selesaikan sebarang isu undang-undang yang ada sebelum ia jadi masalah besar!

Tahu Kalau Ada Terhutang Dengan Syarikat Lain 

Kadang-kadang kita lupa yang kita ada hutang kecil dengan perniagaan lain. Jadi, laporan CTOS inilah yang akan tunjukkan sebarang hutang yang belum dijelaskan melalui trade references. Jadi, kalau ada hutang yang tertunggak, boleh settlekan sebelum ia bertambah buruk!

Betulkan Kesilapan Dalam Laporan Kredit Anda

Laporan kredit kita perlu diperiksa secara berkala untuk memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini. Sebagai contoh, memastikan hutang yang telah diselesaikan atau maklumat lain yang relevan telah dikemas kini dengan betul.

Dengan menyemak skor secara berkala, anda boleh pastikan semua maklumat dalam laporan kredit lebih tepat dan up to date!

Monitor Baki Pinjaman Untuk Rancang Kewangan Dengan Lebih Baik 

Laporan CTOS juga tunjukkan baki pinjaman yang masih perlu dibayar, ia secara tidak langsung membantu anda untuk merancang kewangan dengan lebih bijak.

Anda boleh lihat baki pinjaman terkini, tentukan keutamaan pembayaran dan pastikan tidak terlebih berhutang! Info macam ni boleh elakkan anda daripada terjerat dalam masalah kewangan!

Mudah je nak semak skor, anda hanya perlukan MyCTOS Score Report!

Macam mana nak semak skor CTOS ni? Mudah je sebenarnya, anda hanya perlukan MyCTOS Score Report!

Semua orang boleh beli laporan skor CTOS secara peribadi melalui aplikasi atau laman web CTOS dengan hanya RM27!

Anda juga boleh menyemak skor CTOS menerusi aplikasi Touch ‘n Go, dijamin mudah dan pantas!

Dalam laporan tu, anda akan dapat skor CTOS, rekod CCRIS (maklumat kredit yang diselenggara oleh Bank Negara Malaysia) dan ada juga macam-macam ganjaran tau!

Haa.. Jangan tunggu sampai dah terjerat dalam masalah kewangan baru nak mengelabah! Jangan Lupa, Jangan Kantoi!

Kena Semak skor CTOS secara berkala untuk pastikan status kewangan anda sentiasa berada di landasan yang betul.

Kalau skor bagus, banyak kelebihan menanti! Jadi, apa tunggu lagi? Jom semak skor CTOS sekarang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×