Famili

BIG HEALTH FAIR 2.0 Kembali Lagi Dengan Barangan Serendah RM1. Murah Sangat Ni!

5.5K
SHARES

Orang Malaysia ni kalau dengar jualan murah je semua suka. Nak-nak lagi kalau melibatkan barangan kesihatan macam supplement, skincare dan barangan peribadi. Ada antara kita yang sanggup tunggu promosi semata-mata nak dapatkan harga promosi yang murah tu.

Haa.. Alang-alang tu, apa kata anda serbu BIG HEALTH FAIR 2.0. Ada pelbagai barangan kesihatan dan kecantikan dan harganya pastinya lebih murah. Tapi, bila? Di mana?

BIG HEALTH FAIR 2.0 KEMBALI LAGI DENGAN DISKAUN HINGGA 90%!

Karnival kesihatan terbesar, BIG HEALTH FAIR 2.0 kembali lagi untuk memberikan peluang kepada anda yang terlepas karnival sebelum ini. BIG HEALTH FAIR 2.0 akan berlangsung pada 28 November 2019 hingga 1 Disember 2019. Karnival ini akan diadakan di Summit Subang USJ, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

BIG HEALTH FAIR 2.0 anjuran Big Pharmacy yang berlangsung selama 4 hari ini menawarkan pelbagai pilihan barangan kesihatan dengan diskaun sehingga 90%! Diskaun kaw-kaw! Rugi jika anda lepaskan peluang ni.

Untuk anda yang nak mencari kolagen, makanan tambahan, vitamin, barangan keperluan peribadi dan skincare semuanya ada di karnival BIG HEALTH FAIR 2.0! Anda boleh nikmati diskaun dan juga harga barangan yang sangat murah bagi produk terpilih melalui tawaran flash deals.

Bayangkan dengan diskaun sehingga 90%, banyak barangan yang anda boleh borong! Jangan terkejut kalau barangan tu serendah RM1 tau. Seronoknya!

DAPAT REBAT TUNAI DARIPADA JENAMA BESAR

Apa yang specialnya BIG HEALTH FAIR 2.0 kali ini, anda berpeluang dapatkan rebat tunai daripada jenama-jenama terkenal. Inilah masanya untuk anda membeli dan pada masa yang sama boleh berjimat!

Bagi anda yang mendaftar untuk menjadi ahli, anda akan diberi e-baucar sebanyak RM10 secara PERCUMA! Dah la diskaun hingga 90% dapat lagi baucar percuma dengan setiap penyertaan ahli. Memang rugi kalau tak daftar sekarang!

HEALTH SCREENING, ZUMBA & U-JAM PERCUMA UNTUK ANDA!

Anda juga boleh jalani saringan kesihatan di BIG HEALTH FAIR 2.0 sebab Big Pharmacy akan beri percuma untuk pengunjung yang datang. Time ni la anda boleh check kandungan gula dalam darah, tekanan darah dan macam-macam lagi.

Bukan setakat health screening je, anda yang berkunjung juga berpeluang untuk sertai U-Jam Dance Workout  by Jamstarz secara PERCUMA! Rugi kalau tak join!

SERTAI DERMA RAMBUT & HEALTH TALK

Buat anda yang nak tahu dengan lebih mendalam berkenaan kesihatan, boleh hadiri health talks yang akan disampaikan oleh pakar kesihatan dan doktor. Sekiranya ada soalan mengenai kesihatan anda boleh terus ajukan kepada doktor dan pakar.

 

Bagi anda yang ingin menderma rambut, inilah peluang terbaik untuk anda menderma. Locks Of Hope Association akan membantu anda di sana. Take note tarikh untuk Hair Donation adalah pada 30 November 2019 bermula jam 7 malam hingga 9 malam.

AKTIVITI YANG LAIN ANDA BOLEH SERTAI.

Yang lagi syoknya, BIG HEALTH FAIR 2.0 juga menganjurkan demonstrasi makanan untuk pengunjung. Haa.. Buat anda yang gemarkan masakan dan makanan, inilah peluang untuk belajar dan mengumpul ilmu masakan yang sihat.

Special untuk kanak-kanak, ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang ditaja oleh BEBELOVE & Bye bye Fever. Adik-adik yang menyertai pertandingan ini juga bakal membawa pulang goodies tau. Untuk anda yang sudah berkeluarga, bolehlah daftarkan anak-anak untuk join pertandingan mewarna ni. Best sangat!

Nak tahu cara untuk lakukan CPR dan mengatasi masalah tercekik dengan betul? Jangan risau! Team dari St. John Ambulans Malaysia & Cert Academy akan menunjukkan demonstrasi untuk pengunjung yang bakal berkunjung ke karnival kesihatan BIG HEALTH FAIR 2.0.

Ayuh! Anda nak tunggu apa lagi? Jom sertai BIG HEALTH FAIR 2.0 di Summit USJ! Lock tarikh anda dari 28 November hingga 1 Disember ini. Ajak satu rumah, saudara- mara dan kawan-kawan untuk memeriahkan BIG HEALTH FAIR 2.0 kali ni. Gerenti anda akan dapat harga yang sangat murah. Rugi sangat-sangat kalau tak join! Jumpa anda di sana!

**Tertakluk pada terma & syarat**

BIG HEALTH FAIR 2.0

Tarikh: 28 November – 1 Disember 2019

Masa: 10 pagi -10 malam

Tempat: Concourse Area, Summit USJ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×