40 Minggu

Kalau BFF Baru Dapat Anak, Saya Mesti Buat 6 Perkara Ini

12
reads
Dapat anak

Dulu-dulu, dialah kawan baik masa zaman sekolah. Zaman dulu-dulu juga, dialah yang paling rapat dengan kita masa di universiti. Semua perkara boleh luahkan pada dia. BFF-lah katakan!

Dulu kawan baik, sekarang dah nak dapat anak?

Pernahkah kita tertanya-tanya bagaimana untuk membantu kawan, atau BFF kita yang baru sahaja melahirkan anak?

Layan macam VIP?

Dalam tempoh sembilan bulan yang lalu, kita telah memastikan sahabat kita itu dilayan seperti VIP. Sebenarnya, mengada-ngada yang lebih. Layankan sahaja.

Nama pun kawan baik, tentu telah menghabiskan banyak masa mencari penawar untuk morning sickness. Malah sempat lagi berdebat mengenai pilihan dan makna nama bayi.

Orang pregnant itu cantik

Apabila dia merasa seperti ikan paus atau dugong yang terdampar di tepi pantai, kita pula memuji dia dengan mengatakan betapa berserinya dia. Sebenarnya, sengaja mahu ambil hati. Dan-dan pula booking satu hari di hujung minggu untuk dia memanjakan diri di spa. Tetapi, apabila cahaya matanya telah lahir, kita mungkin tertanya-tanya; sekarang nak buat apa? Kalut juga bukan?

Jauh di sudut hati dia, walaupun ada suami, dia amat memerlukan sokongan yang lebih dari kita sebagai BFF dia. Berikut merupakan perkara yang kita boleh lakukan agar dia merasa istimewa.

1. Bawa makanan untuknya, bukan hanya makan malam

Makanan semasa berpantang sememangnya tidak nampak menarik dan kelihatan biasa sahaja. Tapi percayalah, setelah berpenat lelah menyusukan bayi, tidak cukup tidur malam, menukar lampin tidak henti-henti, apabila ada orang memasak atau membawa makanan untuknya, dia akan sangat menghargainya. Silap-silap, boleh meleleh air mata dia!

Hidangan masakan dari kawan-kawan dan keluarga amat menarik (dan amat dihargai!). Tetapi jumlah tetamu yang ramai (walaupun mereka membawa makanan kegemarannya) pada satu-satu masa boleh jugak menyesakkan mereka.

Jadi, rancanglah dengan baik bersama kawan-kawan yang lain. Tetapkan siapa yang akan menghantar masakan pada hari-hari tertentu supaya si ibu tidak merasa bosan dengan makanan yang sama selama beberapa hari. Dan, jangan hanya menghantar makan malam untuk dia. Berikan kejutan padanya dengan menghantar sarapan atau hamper yang penuh dengan snek kegemarannya.

2. Jangan berikannya ruang untuk merasa serba salah.

Apabila hadir bayi dalam hidup dia, sudah tentulah mesej, panggilan dan emel tidak putus-putus masuk dalam telefonnya. Dan dia sendiri tentu merasa sangat bahagia dan tertekan dalam masa yang sama.

Kenapa tertekan? Kerana dia merasa serba salah jika dia tidak membalas segala mesej, panggilan dan emel tersebut. Perlu diingati bahawa dia sekarang mungkin membuat apa-apa perkara dengan hanya sebelah tangan.

Jadi, sebagai kawan, kita perlu katakan padanya bahawa kita akan tetap ada di sisinya jika dia memerlukan bantuan. Sebaliknya, jika tidak, kita perlu berikannya masa untuk menyesuaikan diri dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya, tanpa memberinya tekanan untuk membalas setiap deringan pada telefonnya.
Lain kali, apabila kita mahu menghantar mesej, daripada bertanya “Apa khabar?”, hantarkan mesej untuk menawarkan bantuan, seperti, “Weh, aku kat pasar ni. Ko nak kirim apa-apa tak?

3. Melawat dia dengan membawa buah tangan yang menarik

Dia sekarang tinggal dalam dunia yang penuh dengan huru hara. Baju yang telah dipakai hampir dua hari. Jadi, hadiah yang comel untuk bayinya sudah tentu menggembirakannya. Walaupun bukan untuk dia, tetapi dia tetap gembira.

Bawalah sesuatu yang sedikit berlainan dari biasa. Dan kalau ada duit lebih, bawalah hadiah untuk dirinya juga seperti gloss bibir yang baru, baju yang selesa atau mungkin sekotak coklat kegemarannya. Dia akan merasa sangat teruja menerima sesuatu dari BFF sendiri.

4. Jagakan bayi untuknya.

Selepas seminggu dua, jumlah pelawat semakin berkurangan dan dia akhirnya dapat menyesuaikan diri dengan dunia barunya. Tetapkan satu masa pada pertengahan minggu dan buat permintaan padanya untuk bermain dengan si kecil supaya dia boleh merapikan dirinya, atau mungkin tidur seketika.

Cadangkan supaya dia mengikuti kelas senaman untuk kuruskan badan sementara kita bermain dengan si kecilnya.

5. Ambil alih kerja-kerja rumah darinya

Masanya banyak dihabiskan untuk menguruskan si kecil, dengan kata lain dia sangat sibuk. Rancang bersama kawan-kawan kita untuk membantunya menguruskan rumahnya yang mungkin sudah tidak terurus dek kerana sibuk menjaga si kecil.

Upah seorang pembantu rumah selama sebulan supanya dia tidak perlu risau untuk mencuci tandas sendiri. Ini baru namanya BFF!

6. Rancang satu hari istimewa

Untuk beberapa bulan pertama, dia tidak mahu tertekan memikirkan bagaimana untuk nampak berseri ketika keluar bersama kawan-kawannya.

Tetapi, rancanglah satu hari: untuk keluar berjalan-jalan atau makan malam di restoran kegemarannya. Dia akan merasa sangat bersyukur kerana mempunyai rancangan yang dinanti-nantikan yang tidak melibatkan si kecilnya.

Dapat anak

Foto Kredit: babble.com

Akhir kata

Bukan bermakna bila kita tolong BFF kita itu, kita abaikan suami dia. BFF kita itu, tetap di bawah tanggungjawab suaminya. Namun, kadang-kadang BFF kita itu rasa panik, lebih-lebih lagi jika melahirkan anak yang pertama.

Tolonglah setakat mana yang termampu!

Sumber: parents.com

Yang Popular

To Top