Didik

Betul Ke Anak Tunggal Lebih Cepat Matang? Ikuti 10 Kriteria Ini Untuk Lebih Kenali Mereka!

500
reads

Anak tunggal adalah terma yang diberikan kepada anak yang tidak mempunyai adik-beradik seperti abang, kakak dan adik. Ramai orang mengatakan bahawa anak tunggal ini manja orangnya serta tidak tahu untuk berdikari. Ada juga yang berpendapat bahawa menjadi anak tunggal adalah satu kelebihan kerana mudah untuk mendapat didikan yang bagus dari ibu bapa kerana tiada persaingan dan gangguan dari adik-beradik.

Untuk mengenali kriteria anak tunggal ini, jom kita baca dengan lebih mendalam supaya kita tidaklah asyik tertanya-tanya mengenai kehidupan seseorang itu sebagai anak tunggal.

1. Jangan ‘stereotype’ anak tunggal

http://bacc.cc/

http://bacc.cc/

Bila bercakap soal anak tunggal, macam-macam orang cakap. Anak tunggal manja, anak tunggal suka menyusahkan dan anak tunggal tak pandai berdikari. Tetapi, anda perlu sedar bahawa anak tunggal adalah seperti anak-anak yang lain, cuma bezanya anak tunggal tidak mempunyai adik-beradik di dalam kehidupannya, itu sahaja. Jadi, jangan ‘asingkan’ anak tunggal dari setiap perbualan ya.

2. Lebih memilih untuk elak konfik

http://www.telegraph.co.uk/

http://www.mommyish.com/

http://www.mommyish.com/

Apabila sudah dibesarkan dalam kalangan ahli keluarga yang tidak ramai, iaitu tidak mempunyai adik-beradik, anak tunggal lebih cenderung untuk tidak terlibat dalam konflik. Contohnya, jika ada konflik antara orang lain terjadi di sekolah atau di mana sahaja, sikap anak tunggal untuk ‘malas’ masuk campur boleh dilihat. Hal ini kerana, mereka tidak suka melibatkan diri dalam konflik dan lebih suka sentiasa positif.

3. Lebih suka bergaul dengan orang ramai

aldysnerdblog.wordpress.com

aldysnerdblog.wordpress.com

Dibesarkan dalam keluarga yang kecil, anak tunggal lebih gemar bergaul dengan orang ramai. Tambahan pula jika bersama keluarga yang lebih ramai jumlah ahlinya. Contohnya, mengikuti rombongan dan melawat keluarga rakan yang ramai. Dengan aktiviti sebegini, mereka akan kurang merasa sunyi kerana dapat berkomunikasi dan mendapat kawan baharu.

4. Tak kisah kalau keseorangan

http://vizag.cityurb.com/

http://vizag.cityurb.com/

Dilahirkan sebagai anak tunggal mempunyai kelebihan tersendiri apabila anda tidak kisah untuk ditinggalkan bersendirian. Tinggal di rumah berseorangan, makan berseorangan dan membeli-belah berseorangan, apa sahaja boleh dilakukan secara sendirian. Perkara positif lain pula, anak tunggal lebih cenderung untuk lebih berdikari. Tetapi, ada juga anak tunggal yang tidak pandai berdikari kerana terlalu dimanjakan. Semuanya bermula dengan didikan ibu bapa, supaya anak tunggal anda mudah untuk melakukan semua perkara secara sendiri.

5. Lebih cepat berfikiran matang

http://www.merino.com/

http://www.merino.com/

Boleh dikatakan 60 peratus anak tunggal lebih cepat matang dari anak-anak kebiasaan umur. Hal ini kerana, anak tunggal lebih banyak menghabiskan masa dengan ibu bapa yang ternyata lebih tua. Apabila anak tunggal lebih rapat dengan ibu bapa, jadi ke mana sahaja ibu bapa pergi sama ada berjumpa rakan, anak tunggal akan secara tidak langsung akan berkenalan dengan rakan-rakan ibu bapa mereka. Dengan cara ini, pemikiran anak tunggal akan menjadi lebih matang dari anak-anak lain.

6. Selalu kuat berangan

www.allinahealth.org

www.allinahealth.org

Ini adalah perkara yang lucu mengenai anak tunggal. Menjadi seorang anak tunggal, anda akan lebih cenderung untuk suka berangan. Mungkin ini adalah salah satu untuk anak tunggal mendapat ‘imaginary friend’ seperti kanak-kanak. Sebagai anak tunggal, mestilah kadang-kadang anda akan berasa sunyi kerana tiada siapa di sisi. Jadi, aktiviti berangan ini dijadikan hobi sampingan untuk tujuan keseronokkan.

7. Selalu mencuba untuk membanggakan ibu bapa

www.wlu.ca

www.wlu.ca

Bukan sahaja anak tunggal, tetapi semua anak mahu untuk membanggakan ibu bapa. Tetapi, bagi anak tunggal yang selalu dikatakan manja ini, orang luar tidak tahu bahawa menjadi anak tunggal perlu memikul tanggungjawab yang besar kerana anak tunggal adalah satu-satunya anak dalam keluarga. Jadi, anak tunggal ini selalu ada rasa untuk membantu dan membanggakan ibu bapanya tanpa perlu menggembar-gemburkan kepada orang lain.

8. Bercakap dengan diri sendiri

www.shutterstock.com

www.shutterstock.com

Situasi bercakap dengan diri sendiri itu mesti menjadi kebiasaan bagi anak tunggal. Maklumlah, jika ibu bapa keluar bekerja, hanya anda bersendirian di rumah. Tapi, situasi bercakap sendiri ini bukanlah berlaku sepanjang masa ya, cuma ada situasi tertentu sahaja. Contohnya, ketika mahu memilih baju yang sesuai dan memikirkan apa yang ingin dimakan. Situasi ini dapat melegakan diri mereka seolah-olah mereka sedang bercakap dengan seseorang.

9. Sukakan kanak-kanak, tapi agak kekok

play

www.tescoliving.com

Menyukai dan gemar bermain dengan kanak-kanak adalah kriteria anak tunggal. Tetapi, apabila sudah dibesarkan sendirian, anak tunggal akan agak kekok bersama kanak-kanak. Contohnya, agak kekok untuk mendukung bayi dan agak segan untuk melayan kerenah kanak-kanak di khalayak ramai.

10. Obses dengan perkara yang digemari

http://www.momtastic.com/

http://www.momtastic.com/

Apabila sudah dibesarkan sendirian, apa sahaja dilakukan di rumah tidak mendapat gangguan dari adik-beradik, anak tunggal lebih bebas untuk melakukan perkara yang mereka suka. Anak tunggal mudah untuk obses dalam segi yang positif terhadap apa yang mereka gemari dan jadikan ia sebagai hobi. Ini bermaksud, anak tunggal lebih bersemangat dan teliti dalam segala yang mereka lakukan.

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk membandingkan anak-anak kita. Ini hanya bertujuan untuk memberi maklumat dan berkongsi pandangan sahaja. Apa yang penting, didiklah anak-anak kita tidak kira sikit atau ramai supaya mereka menjadi orang yang berjaya ya!

Yang Popular

To Top