Asuh

Betul Ke Anak Boleh Speech Delay Sebab Gajet? Ini Jawapannya…

28
SHARES

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang guru wanita membahas topik mengenai speech delay dan gajet. Video tersebut bagaimanapun mengundang marah warganet kerana ada beberapa perkara yang disampaikan tidak betul dan tidak sesuai.

Seorang Pediatric Occupational Therapist, dikenali sebagai Maryam Jamadi tampil memberi penjelasan dengan lebih mendalam agar masalah anak mengalami speech delay dapat difahami dengan lebih betul dan tepat oleh para ibu di luar sana. Ikuti penerangan ringkas dan padat di bawah. Ibu bapa kena alert!

Baca juga: Doktor Kongsi Kesan ‘Screen Time’ Kepada Anak Jika Pendedahan Terlalu Awal

BETUL KE ANAK BOLEH SPEECH DELAY SEBAB GAJET?

“Anak speech delay sebab gajet, padan muka!”

Saya tertonton pula video seorang guru tadi, walaupun anak saya tak ada masalah  speech delay, saya pun terasa hati juga, mungkin sebab cara penyampaian terlalu skeptikal dan pukul rata semua masalah perkembangan anak disebabkan gajet.

Terbayang muka anak-anak di pusat terapi saya, sampai begitu sekali pandangan guru tersebut yang mungkin ramai lagi yang ada pemikiran yang sama.

Jadi, saya nak beri sedikit pencerahan kepada semua yang:

1. Speech delay sebab gadget: yes and no 

Yes: Jika ada sejarah pendedahan skrin lebih 30 minit sehari semasa umur bawah 18 bulan.

No: Jika tiada pendedahan skrin.

2. Toileting accidents sebab gadget: yes and no

Y️es: Jika anak menonton gadget lebih dari waktu yang sepatutnya.

No: Jika tiada pendedahan skrin berlebihan.

3. Tak pandai urus diri sebab gadget: yes and no 

Y️es: Jika ada kelewatan perkembangan motor halus atau motor kasar disebabkan terlalu banyak didedahkan dengan gadget dan kurang pergerakan.

N️o: Jika tiada masalah kelewatan perkembangan motor atau pergerakan terhad disebabkan duduk setempat.

4. Autism-like-symptom sebab gadget: yes

Y️es Jika anak didedahkan dengan skrin terlalu lama contohnya 5 jam sehari dan kurang rangsangan sensori dan kurang interaksi dua hala.

5 Autisme sebab gadget: no

N️o: Didedahkan dengan skrin atau tidak, anak tetap ada autisme.

Nampakkan? Tiada yang pasti dan tidak semua kes melibatkan kelewatan perkembangan berpunca dari gadget. Saya harap dapat beri pencerahan kepada semua pendidik dan mak ayah.  

Jadi, saya mohon sangat-sangat hentikanlah tanggapan dan pandangan skeptikal terhadap mak ayah yang mempunyai anak speech delay, autisme atau ADHD. Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Maryam Jamadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×