Famili

‘Bersiap’ Ala Model Di Rumah Sahut Saranan Kementerian, Gelagat Lucu Wanita Ini Dapat Perhatian

1.6K
SHARES

Baru-baru ini, terdapat pelbagai pendapat bercanggah mengenai saranan yang dikeluarkan oleh Kementerian Wanita Dan Keluarga. Saranan tersebut adalah dimana para isteri diberitahu bahawa perlu bersolek seperti hari biasa ke pejabat untuk mengelakkan berlakunya stress, bosan dan pergaduhan dengan suami walaupun berada di dalam rumah.

Jadi, menerusi satu perkongsian di laman Facebook, wanita ini menyahut saranan yang diutarakan oleh Kementerian apabila beliau berpakaian seperti model walaupun hanya berada di dalam rumah. Koleksi foto ini mendapat reaksi lucu dari orang ramai apabila melihatnya membuat kerja-kerja rumah dalam keadaan yang cantik!

NAK BUAT KERJA RUMAH KENA BERGAYA!

Wanita yang dikenali sebagai Lavina Jacinta ini mengambil inisiatif untuk tampil bergaya sewaktu menyelesaikan kerja rumah.

Mendapat perkongsian hampir 17 ribu di laman Facebook, ramai dalam kalangan netizen yang mengatakan bahawa telatah beliau adalah sangat lucu. Bukan itu sahaja, nampaknya ramai juga yang akan mencuba langkah ini untuk menghilangkan bosan di rumah.

Siap bawa handbag!

*Anda bila lagi?

Sumber: Lavina Jacinta

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×