Menerusi laman Facebook milik Akhi Fairuz al-Jengkawi, terdapat pertanyaan mengenai pasangan suami isteri bermesra depan anak. Kemesraan yang dimaksudkan adalah mencium pipi sekadar tanda sayang dan memeluk erat. Tidak bertujuan untuk menaikkan syahwat. Jadi adakah itu wajar dilakukan atau sebaliknya?
Jelas Akhi Fairuz, kemesraan seperti itu tidak menjadi masalah dan amat digalakkan. Walau bagaimanapun, bercium mulut di hadapan anak adalah tidak sesuai.
Baca juga: Jangan Biarkan Anak Ada 5 Sikap Ini, Terlalu Manja Boleh Jadi Punca ….
SALAH KE IBU AYAH BERMESRA DEPAN ANAK?
“Kemesraan seperti ini tidak ada masalah puan. Lainlah tuan puan bermesra sambil bercumbu-cumbuan comolot depan anak. Kalau sekadar suami cium pipi isteri, isteri cium pipi suami, cium dahi, cium ubun-ubun, suami peluk isteri, isteri peluk suami, samada peluk dari depan atau dari belakang, ianya amatlah digalakkan,” katanya.
Kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibu ayah akan memberi impak positif pada anak. Mereka akan peroleh tempias emosi kasih sayang itu. Maka, anak-anak ini akan melihat apa itu cinta sebenar disalurkan dengan cara yang betul dan ia tanda rahmat dari Tuhan.
Ketahuilah, bila anak dah berkahwin nanti, mereka akan layan pasangan sama seperti yang dilakukan oleh ibu bapanya lakukan dahulu.
Kalau dari kecil nampak ibu ayah asyik bergaduh, tak pernah minta maaf antara satu sama lain, peluk jarang sekali, perkataan terima kasih pun macam tak wujud di rumah, suami pukul isteri, maka itulah cara yang akan diikuti oleh anak bila dia bekeluarga nanti.
Ayah adalah hero bagi anak lelaki. Ayah adalah cinta pertama bagi anak perempuan. Segala gerak geri, percakapan, perbuatan akan diperhatikan.
Jika anak-anak melucah di sekolah, tunjuk jari tengah, slumber cerita pada kawan video lucah yang dia dah tonton, cium mulut kawan, mencarut bagai, ketahuilah ia bukan berpunca dari pelukan, ciuman, kemesraan antara ibu ayah. Tetapi ia berpunca dari naifnya anak memproses maklumat tentang isu-isu seksualiti yang diperolehi dari video lucah dan cerita kawan-kawan.
Ingat, kita ini guru pertama yang mengajar pendidikan seksualiti anak-anak. Bukan cikgu di sekolah, bukan kawan-kawannya, apatah lagi belajar dari pornografi.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: 6 Jenis Buku ‘Recommended’ Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Pilihan Tepat & Tak Membazir
Sumber: Facebook Akhi Fairuz al-Jengkawi