Inspirasi

Beri Bantuan Pernafasan ‘On The Spot’, Tindakan Pantas Pelajar Perubatan Dipuji Netizen

10
SHARES

Membantu antara satu sama lain sudah semestinya menjadi amalan yang mulia. Begitu juga berkaitan dengan kisah yang dikongsikan di laman Facebook ini, dimana tular gambar seorang wanita berbangsa Cina sedang memberikan bantuan CPR kepada seorang lelaki.

Dilaporkan bahawa lelaki tersebut pengsan secara tiba-tiba dan tindakan pantas wanita ini memberikan bantuan pernafasan mendapat pujian orang ramai.

BERI BANTUAN PERNAFASAN (CPR) DENGAN PANTAS

Menurut laporan Mothership Singapore, wanita tersebut yang merupakan pelajar perubatan berada di sebuah restoran di Negeri Sembilan apabila seorang lelaki terus pengsan. Berdasarkan pemeriksaan, lelaki tersebut dipercayai mengalami serangan jantung.

Apa yang membanggakan rakyat Malaysia adalah, tindakan pantas dari wanita tersebut yang melakukan bantuan pernafasan secara Cardiopulmunory Resuscitation atau dikenali sebagai CPR, sehingga ambulans sampai.

Walaubagaimanapun, lelaki yang berumur 44 tahun tersebut tidak dapat diselamatkan. Namun, tindakan ‘hero’ wanita ini mendapat pujian orang ramai kerana bertindak dengan cepat tanpa mengira orang tersebut dikenali atau tidak.

刚才1小时前发生在益美花园一茶室,有一茶客心脏病发刚好有一位读医学的少女在用餐,该少女见到马上出手施救,直得给予该少女一个赞。#请给予女孩一个赞#请赞主页#以爱会友#MeetFriendsByLove

Posted by 以爱会友 Meet Friends By Love on Saturday, 12 September 2020

“Just 1 hours ago in a tea room in Yimei Garden, a tea guest had a heart attack and a medical girl was eating. When she saw it, she immediately gave her rescue, she was able to give the girl a praise.”

Sumber: Meet Friends By Love

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×