Hebahan

Berdepan Musibah Berseorangan

1
SHARES

Valentine (1)

Kehidupan ini seringkali tidak seperti yang kita rancang; ini adalah realiti kehidupan yang dihadapi Valentine a/l Savariar yang berasal dari Sentul. Pada tahun 80’an, beliau yang merupakan anak kelapan daripada sembilan adik-beradik ini, telah terbang ke London bagi mengejar kelayakan ACCA (Association of Chartered Certified Accountants).

Sebaik sahaja beliau pulang, beliau membuka kedai barang kemas pakaian yang beliau menyewa di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Selepas 20 tahun, beliau berhadapan dengan masalah kewangan dan terpaksa melepaskan perniagaan beliau. Kemudiannya, beliau menjual barang kemas pakaian di kaki lama Pasar Seni. Untuk seketika, kehidupan kembali pulih.

Pada suatu hari, ketika beliau berumur 50 tahun, Valentine berapa pening dan pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. Beliau disahkan menghidap tekanan darah tinggi dan diabetes, dan diberikan ubat.

Walaubagaimanapun, pada Julai 2014, Valentine mengalami sesak nafas dan tidak boleh berjalan kerana terdapat cecair meleleh keluar dari pehanya. Kakak ipar beliau membawanya ke HKL dan beliau menjalani beberapa ujian perubatan. Pihak hospital kemudiannya mendedahkan kepada Valentine dan kakak iparnya yang beliau menghidap Chronic Kidney Disease (CKD).

Sebaik sahaja mendengar perkara tersebut, seluruh dunianya runtuh. Beliau perlu menjadi 8 rawatan dialisis di Hospital Selayang. Kemudiannya, beliau dimaklumkan oleh pihak hospital supaya mencari pusat dialisis sendiri untuk menjalani rawatan.

Disebabkan masalah kewangan, Dr. Bee Boon Cheak daripada Hospital Selayang telah mengaturkan supaya beliau ke usat Dialisis NKF-Rotary Damansara. Bagaimanapun, disebabkan jarak dari rumahnya di Kepong dan pusat dialisis yang mengambil masa tiga jam, ini menyukarkan Valentine.

Beliau meminta untuk ditukarkan ke Pusat Dialisis NKF-Nanyang yang berhampiran rumahnya, dan dengan bantuan Pengurus Pusat, beliau telah menerima rawatan sejak September 2014.

Disebabkan kesakitannya, perhubungan Valentine yang masih bujang dengan adik-beradiknya dan ahli keluarga yang lain menjadi keruh. Kawan-kawan beliau juga menjauhkan diri, dan beliau kurang bersosial disebabkan pergerakannya yang terbatas.

Oleh itu, apabila beliau tidak menjalani rawatan dialisis, beliau teruskan juga untuk menjual barang kemas pakaian. Beliau tahu yang tidak lama lagi, beliau tidak lagi mampu untuk meneruskannya.

Pemindahan buah pinggang adalah pilihan jangka masa panjang yang terbaik bagi masalah Valentine, tetapi ianya merupakan hanya satu harapan.

Walaupun berdepan situasi yang sukar, beliau masih berharap bahawa suatu hari nanti keadaan akan kembali pulih.

Seperti beliau, ada beribu-ribu lagi pesakit buah pinggang yang berdoa untuk penyumbang organ yang bersesuaian. Orang ramai boleh membantu dengan menghubungi National Transplant Resource Centre (NTRC) untuk maklumat lanjut atau untuk berjanji untuk mendermakan organ. NTRC boleh dihubungi dengan menelefon 03 – 2681 0681/2; Talian Bebas Tol: 1800-88-9080 atau emel [email protected]

national kidney foundation logo

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]National Kidney Foundation of Malaysia

The National Kidney Foundation (NKF) Malaysia is a non-profit charitable organization dedicated to helping Malaysians suffering from end stage kidney failure who lack access to or cannot afford dialysis treatment. NKF currently has over 1,500 dialysis patients receiving subsidized dialysis treatment in our 27 dialysis centres nationwide. [/box]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×