Famili

“Berat Untuk Saya”-Mula-Mula Ibu Meninggal, Selepas 10 Hari Bapa Pula ‘Pergi’…

159
SHARES

Saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita kehilangan ahli keluarga angkara jangkitan wabak Covid-19. Lebih menyedihkan lagi adalah apabila ia melibatkan ibu bapa kita sendiri. Di mana kita boleh pengganti? Memang tiada pengganti. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan ini apabila ibu dan ayah pergi dengan sekelip mata gara-gara Covid-19.

Baca juga: [VIDEO] Dua Beradik Panggil Arwah Ibu Dekat Kubur Undang Sebak

TERLALU CEPAT, MAK AYAH MENINGGAL KERANA COVID-19…

Menerusi video dikongsi seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Atashitinides_, menceritakan kisah dirinya yang kehilangan kedua ibu bapa tersayang dipercayai akibat wabak Covid-19.

Gadis cekal ini menceritakan arwah ibunya dijemput menghadap Ilahi pada 3 Ogos 2021 dan selang 10 hari (13 Ogos) bapanya pula meninggal dunia. Namun, dia sama sekali tidak menceritakan bagaimana kedua-dua ibu bapanya dijangkiti virus tersebut.

Ini berlaku terlalu cepat. Saya masih tak dapat menerima Ya Allah, sungguh berat untuk saya.

@atashitinides_

this happened too fast. i still can't accept this ya Allah this is too hard for me 😢💔 ##covid19isntajoke ##fyp ##parents

♬ semangat ngontennya – dollar kuning

Video tersebut juga memaparkan para petugas barisan hadapan yang memakai sut lengkap peralatan perlindungan diri (PPE) ketika proses pengebumian berlangsung. Apa yang lebih meruntun hati lagi, gadis ini juga sempat berkongsi foto-foto kenangan bersama arwah ibu bapanya. Sebak dibuatnya…

“YA ALLAH, SEKELIP MATA…”

Menjengah ke ruangan komen sudah semestinya ramai dalam kalangan pengguna Tiktok melahirkan rasa sebak akan perkongsian video tersebut. Ramai yang memberi kata-kata semangat dan mendoakan keluarganya dan turut berfikir apakah perasaan mereka jika situasi begini berlaku pada diri sendiri.

Sumber: TikTok @atashitinides_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×