Famili

Berada Di Sekitar KLIA & Tercari-Cari Lokasi Berbuka Puasa? Jom Ke Sama-Sama Hotel KLIA

41
SHARES

Tinggal beberapa hari saja lagi kita bakal menyambut kehadiran bulan Ramadan yang mulia… Mesti ramai di antara anda tidak sabar kan? Sudah mengira berapa bajet untuk juadah buka puasa, belanja persiapan raya dan macam-macam lagi…

Belum kira ada di antara anda yang suka melancong bagi menikmati bagaimana rasanya berjalan-jalan di negara orang sambil berpuasa kan! Atau pun, mengerjakan umrah bagi yang mampu. Siapa tahu, waktu anda tiba di Malaysia nanti menghampiri waktu berbuka puasa? Mana pula nak cari lokasi bagi menjamu selera ya?

Sama-Sama Hotel KLIA kan ada!

Jangan risau, jom kita ke Sama-Sama Hotel KL International Airport (KLIA) yang terletak hanya bersebelahan KLIA Sepang. Bertemakan Selera Warisan Nusantara, Sama-Sama Hotel KLIA mengangkat juadah Nusantara supaya tetamu boleh mengimbau kenangan lalu di bulan mulia…

Terlalu banyak gerai dan stesen memasak secara langsung disediakan untuk anda dengan keunikan tersendiri, pastinya memberikan pengalaman berbuka puasa yang sukar dilupakan. Nak tahu apa juadah yang ada?

Pelbagai pilihan lauk-pauk memikat selera

Semuanya nampak enak-enak kan?

Hidangan bakar seperti ikan, kambing, satay, ayam tandori juga ada

Banyak lagi menu enak-enak ada di sana!

Tidak ketinggalan, pencuci mulut yang manis-manis belaka

Bukan itu saja, gerai durian istimewa untuk penggemar ‘raja buah’ turut disediakan!

Nampak sedap kan semuanya? Berapa harganya ni?

Promosi bufet buka puasa Selera Warisan Nusantara di Sama-Sama Hotel KLIA ini boleh didapati bermula jam 6 petang hingga 10 malam di bulan Ramadan pada harga RM135 untuk hari biasa dan RM99 di hujung minggu.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh hubungi Bahagian Jualan di talian 03 8787 3333 atau emel ke [email protected].

Selamat berpuasa!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×