Inspirasi

Anda Silap Besar Jika Ingat Ini Lukisan Atas Kanvas

77
reads
Bentuk Muka Bumi Zhangye Zanxia

Sekali imbas, nampak seperti lukisan kanvas. Memang cantik.

Toleh kali kedua betul-betul, nampak macam ada orang tengah berjalan.

Teliti kali ketiga, baru ternganga mulut, rupanya ini bukan lukisan kanvas. Ini ialah bentuk muka bumi sebenar di Zhangye Zanxia yang terletak di Gansu, China.

Menurut Wikipedia, bentuk muka bumi Danxia merujuk kepada pelbagai landskap ditemui di tenggara, barat daya dan barat laut China yang “Ia adalah sejenis petrografik geomorfologi yang unik dan hanya boleh ditemui di China. Bentuk muka bumi Danxia terbentuk daripada batu pasir berwarna merah berwarna dan konglomerat. Kawasan ini akan menampilkan warna yang berbeza-beza, bergantung kepada keaddan cuaca dan cahaya matahari. Warna-warni gunung ini akan menjadi lebih terang dan contrast jika hujan turun pada hari sebelumnya. Menurut Telegraph, batu-batan di kawasan gunung-ganang di sini telah dihimpit dan ditumpatkan selama 24 juta tahun.

Apa-apa pun, selain dari gambar di Huffington Post, mari cuci mata dengan gambar-gambar menarik di bawah:

Bentuk Muka Bumi Zhangye Danxia

Bentuk Muka Bumi Zhangye Zanxia

Foto Kredit: huffingtonpost.com

 

Foto Kredit: www.getupanddosomething.org

Foto Kredit: www.getupanddosomething.org

Bentuk Muka Bumi Zhangye Danxia

Foto Kredit: telegraph.co.uk

Bentuk Muka Bumi Zhangye Danxia

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Bentuk Muka Bumi Zhangye Danxia

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Bentuk Muka Bumi Zhangye Danxia

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Bentuk Muka Bumi Zhangye Danxia

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Bentuk Muka Bumi Zhangye Danxia

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Bentuk Muka Bumi Zhangye Danxia

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Bentuk Muka Bumi Zhangye Danxia

Foto Kredit: huffingtonpost.com

 

Bentuk Muka Bumi Zhangye Danxia

Foto Kredit: chinatouradvisors.com

Bentuk Muka Bumi Zhangye Danxia

Foto Kredit: chinatouradvisors.com

Bentuk Muka Bumi Zhangye Danxia

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Bentuk Muka Bumi Zhangye Danxia

Foto Kredit: en.people.cn

Bila waktu yang sesuai melawat tempat ini?

Menurut China Highlights, pengunjung disarankan melawat Binggou Danxia Scenic Area pada waktu pagi dan semasa matahari terbenam. Lebih cantik apabila waktu matahari terbenam, apabila warna berubah secara berterusan, menunjukkan lapisan kuning dan merah yang diliputi oleh lapisan kelabu cerah. Elakkan pergi apabila cuaca mendung atau hujan takut menyesal. Ini kerana hanya apabila ada cahaya matahari,  gunung-gunung ini menunjukkan warna cantik mereka.

Bagaimana ke Zhangye Danxia?

Jika ingin merancang percutian melihat bentuk muka bumi Zhangye Danxia, kami belum pasti cara yang mudah dari Malaysia. Carian tentang penerbangan Air Asia atau Malaysia Airlines ke kawasan gagal ditemui. Mungkin satu tarikan baru yang tidak ramai orang tahu?

Carian di Internet juga gagal menemukan individu dari Malaysia yang pernah sampai ke sini. Kalau anda salah seorang, kongsikan pengalaman dengan kami!

Yang Popular

To Top