Hebahan

Bengkel Smart Steps oleh Dutch Lady Malaysia di Auditorium Connexion @ Nexus, Bangsar South

Memenuhi keperluan perkembangan mental anak-anak anda dengan pemakanan yang betul

bengkel-workshop-smart-steps-dutch-lady-01

Ini merupakan hari yang menyeronokkan untuk ibu bapa dan anak-anak mereka yang menghadiri bengkel SMART STEPS Dutch Lady Malaysia – Untuk tahap-tahap kebijaksanaan si manja di Auditorium, Connexion @ Nexus, Bangsar South.

Aktiviti yang dianjurkan untuk ibu bapa dengan kanak-kanak yang berusia antara satu hingga enam tahun, bengkel SMART STEPS ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk memahami perkembangan mental si manja mereka dan mengenal pasti tahap-tahap yang menandakan perkembangan mereka. Kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara status pemakanan dan prestasi kognitif di kalangan kanak-kanak, maka itulah sebabnya pakar-pakar dalam bidang psikologi, pemakanan dan pediatrik menasihati ibu bapa Malaysia untuk menyediakan pemakanan yang memenuhi keperluan untuk pelbagai peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, di mana ibu bapa memberi sokongan yang lebih baik dalam perkembangan mental mereka.

Dr Alvin Ng Lai Oon, Profesor Madya di Jabatan Psikologi Universiti Sunway memulakan bengkel dengan berkongsi data yang diperoleh melalui SEANUTS atau South East Asian Nutrition Surveys yang menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia yang mengalami kekurangan nutrisi (tubuh yang kurus, kurang berat badan dan ketinggian terbantut) serta mereka juga mengalami masalah berlebihan nutrisi (berat badan berlebihan, obes dan terlalu obes) mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat skor bawah purata IQ.

Profesor Dr Poh Bee Koon Ketua Program Sains Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Penyelidik Utama SEANUTS Malaysia berkata: “Pemakanan merupakan faktor penting yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan yang berterusan mengikut peringkat umur kanak-kanak. Kekurangan makanan yang sihat boleh mengakibatkan pertumbuhan fizikal terbantut, perkembangan otak yang perlahan serta mengurangkan sistem imunisasi badan. Kajian prestasi kognitif SEANUTS menunjukkan kesan pemakanan terhadap pembangunan mental dan kepintaran kanak-kanak.”

Pencapaian Perkembangan Kanak-kanak

bengkel-workshop-smart-steps-dutch-lady-02

Dr Ng juga memberi pandangan tentang perkembangan kanak-kanak dari segi mental. “Kanak-kanak belajar secara aktif. Sejak dari lahir, mereka mengumpul, mengasingkan, dan memproses maklumat sekelilingnya, dan menggunakan maklumat itu untuk melihat, memahami serta mempelajari tentang dunia mereka. Dalam erti kata lain, kanak-kanak belajar dan memperoleh kepintaran semasa mental mereka sedang berkembang,” katanya lagi.

Untuk mengenal pasti kanak-kanak membesar secara normal atau sihat, ibu bapa dan penjaga perlu melihat akan perkembangan atau keupayaan yang dicapai oleh kanak-kanak pada peringkat umur yang berbeza. Dr Ng menjelaskan bahawa tidak seperti pencapaian fizikal, seperti contoh, kali pertama kanak-kanak mula berjalan atau berlari, pencapaian kognitif atau kemajuan mental adalah tidak begitu jelas. Keupayaan untuk menemui permainan di bawah kain dan memadankan bentuk dan warna mungkin merupakan langkah fizikal, namun mereka memerlukan proses mental dan kebijaksanaan untuk membolehkan mereka mencapainya.

Menambah kepada penjelasan Dr Ng, Dr. Yong Junina, perunding pediatrik berkata, “Pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak dan pencapaian penting mereka membolehkan ibu bapa mengawasi tumbesaran dan perkembangan anak mereka secara keseluruhan. Pakar pediatrik biasanya menganggarkan keupayaan kanak-kanak melalui pemerhatian dan keterangan ibu bapa tentang pencapaian anak mereka, “katanya.

Membantu kanak-kanak mengembangkan potensi mental mereka

bengkel-workshop-smart-steps-dutch-lady-03

Apabila ditanyakan bagaimana khasiat nutrisi boleh membantu menyokong perkembangan mental kanak-kanak, Dr Ng memberi contoh berikut: “Bayangkan otak anak anda seperti jalan di lebuh raya. Nutrisi penting yang anda berikan merupakan bahan binaan yang memastikan permukaan jalan raya itu licin tanpa lubang. Kereta-kereta dan kenderaan lain merupakan maklumat yang diterima otak, dan mereka perlu bergerak menuju dan menghubungi bahagian-bahagian lain dalam otak. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang anda lakukan untuk memberi rangsangan kepada otaknya, seperti bermain dan berinteraksi, merupakan papan tanda dan isyarat yang diberikan kepada kenderaan di lebuh raya.

Pemakanan yang betul membantu membina otak, namun rangsangan yang diberikan oleh ibu bapa dan penjaga turut membantu mengembangkan rasa ingin tahu, penerokaan, kreativiti dan pembelajaran kanak-kanak – dalam erti kata lain, kebijaksanaan!”

Dr Poh mengesahkan bahawa khasiat yang berbeza diperlukan pada pelbagai peringkat perkembangan untuk otak yang sihat dan aktif. “Sebagai contohnya – magnesium memainkan peranan dalam proses pembelajaran dan daya ingatan serta penting untuk tenaga bagi otak; ini dapat membantu kanak-kanak berusia empat tahun ke atas yang sedang belajar cara untuk mengadaptasikan ilmu yang dipelajari melalui proses kreatif. Selain daripada menyokong perkembangan tulang dan melancarkan fungsi otot, Vitamin D sebenarnya melindungi mata dan daya penglihatan kanak-kanak, iaitu deria penting untuk sifat ingin tahunya, ” terang Dr. Poh.

SpeedSmart, satu bentuk baharu latihan kognitif

Dr Ng juga mengadakan sesi latihan SpeedSmart untuk kanak-kanak yang hadir sempena anjuran bengkel ini. SpeedSmart memberi tumpuan kepada melatih kemahiran tertentu berulang kali dalam tempoh masa yang singkat untuk meningkatkan kelajuan dan ketepatan, agar kanak-kanak dapat menguasai kemahiran yang tertentu secara automatik.

Melalui latihan SpeedSmart, kanak-kanak dapat belajar dan mengasah kemahiran akademik, komunikasi, aktiviti harian dan sosial mereka serta kemahiran pergerakan motor. Dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan mudah yang sedia ada di rumah, ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka merangsangkan perkembangan mental anak-anak melalui kaedah yang menyeronokkan dan berkesan.

Leona Lim, ibu kepada 2 orang anak lelaki, yang menghadiri bengkel SMART STEPS membantunya mengetahui cara untuk membantu anak-anak untuk mencapai lebih banyak tahap kebijaksanaan dalam kehidupan. “Biasanya adalah sukar untuk menyuruh mereka duduk dan memberi tumpuan kepada satu perkara, namun mereka berasa seronok ketika mereka cuba menyelesaikan latihan bertulis dalam tempoh masa yang diberikan. Saya semestinya akan mencuba latihan SpeedSmart ini di rumah nanti!” katanya dengan penuh semangat.

Dengan pendekatan dan pemakanan yang betul, kanak-kanak dapat mencapai potensi mereka sepenuhnya, supaya mereka boleh mencapai tahap kebijaksanaan yang sesuai mengikut umur mereka.

 

[infobox title=’Mengenai Dutch Lady Milk Industries Berhad’]

Dutch Lady Logo

Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) merupakan syarikat tenusu utama di Malaysia. Ia dimiliki oleh sebuah syarikat kerjasama tenusu terbesar di dunia, Royal FrieslandCampina NV, sebuah syarikat tenusu multinasional Belanda. Dutch Lady Malaysia merupakan syarikat susu pertama yang tersenarai dalam Bursa Malaysia pada tahun 1968 dan merupakan yang pertama memperkenalkan susu untuk membesar di Malaysia pada tahun 1988. Dutch Lady Malaysia yang telah dianugerahkan ‘Company of the Year 2014’ oleh The Edge Billion Ringgit Club menghasilkan dan menjual rangkaian produk tenusu bagi pasaran tempatan dan eksport, dan kesemua produk tersebut digemari ramai menerusi jenama seperti Dutch Lady dan Friso Gold. Menerusi kolaborasi unik antara FrieslandCampina dan institut penyelidikan antarabangsa, kami telah menjalankan kajian South East Asian Nutrition Survey (SEANUTS) pada tahun 2009, melibatkan empat buah negara – Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand. SEANUTS merupakan kajian kesihatan dan pemakanan yang terbesar dan paling ekstensif yang pernah diadakan di Asia Tenggara, di mana ia melibatkan 16,744 kanak-kanak selama tempoh empat tahun. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.dutchlady.com.my.[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×