Bulan Ramadan kembali lagi pada tahun ini dan selepas 30 hari berpuasa umat Islam di serata dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Selalunya pada setiap tahun apabila nak menjelang Hari Raya ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam akan keluar berbelanja pada hujung minggu atau pada hari cuti; samada pergi seorang diri atau bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.
Kemeriahan dan kesesakan yang dialami oleh warga Malaysia yang beragama Islam di pusat membeli belah, di mana ramai berebut membeli baju Melayu atau baju kurung untuk sekeluarga merupakan satu pengalaman yang agak mencabar dan tidak boleh dilupakan tetapi juga memuaskan hati apabila semua kehendak telah dicapai dan dibeli.
Pada zaman moden sekarang ini pula orang ramai sudah mempunyai pilihan untuk tidak perlu merempuh kesesakan di jalan raya dan di tempat membeli belah pada bulan Ramadan dengan adanya laman web di dalam talian melalui rangkaian internet yang menawarkan pembelian barang-barang seperti baju dan makanan.
Ada dua laman web yang menawarkan servis sebegini di Malaysia sekarang kepada sesiapa yang mempunyai kemudahan talian internet di rumah atau menerusi telefon bimbit. Nama bagi salah satu syarikat laman web sesawang tersebut adalah Lazada.
Contohnya, iklan-iklan di dalam laman web yang disebut itu sedang menawarkan promosi ‘Ramadan Bazaar’ yang sedang berlangsung sepanjang bulan puasa ini di mana barang-barang makanan dan minuman dijual dengan harga diskaun. Bukan itu sahaja tetapi Lazada juga memberikan penghantaran percuma untuk setiap pembelian melebihi RM 30 dan juga menawarkan voucher Lazada untuk menarik perhatian para pembeli supaya lebih berbelanja di dalam talian.
11Street, yang juga merupakan syarikat laman web sesawang pula menawarkan pelbagai diskaun dan baucar tunai untuk sajian berbuka puasa samada di hotel-hotel terkemuka mahupun restoran-restoran terkenal di ibukota di mana para pelanggan di bulan Ramadan ini seharusnya mengambil kesempatan tersebut supaya boleh berjimat apabila hendak bayar setelah puas berbuka puasa.
Selain itu juga 11Street menawarkan baucar tunai dengan penolakan harga setinggi 55% di pusat-pusat servis kecantikan untuk wanita. Tawaran yang disediakan sepanjang Ramadan ini memang betul-betul meringankan dompet para pelanggan yang seharusnya mengambil peluang keemasan ini untuk berdandan dan sedia kelihatan cantik untuk menyambut Hari Raya.
Dari sini boleh dilihat berbelanja di dalam talian melalui syarikat laman web yang telah dipaparkan boleh dikatakan lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan berbelanja di luar apatah lagi penat lelah berpusu-pusu ke pusat membeli belah ataupun restoran untuk berbuka puasa di bulan Ramadan ini.
Justeru juga menolong mengurangkan beban kewangan supaya duit yang dapat dijimatkan boleh digunakan untuk perbelanjaan lain pula.
Semoga semua yang menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan ini akan diberkati dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri!