Famili

Bekerjaya Pun Boleh ‘Breastfeeding’ Dengan Lancar Jika Bijak Membahagikan Masa Seperti Ibu Ini!

39
SHARES

Rutin sebagai ibu yang bekerjaya agak merunsingkan. Bukan sahaja perlu membahagikan masa dengan kerja, masa bersama keluarga juga harus dibahagikan secara sama rata. Tambah pula bagi ibu yang menyusukan anak dengan sendiri atau dipanggil breastfeeding. Bila jadual bekerja sudah penuh dan penat, macam mana nak breastfeeding anak kan? Oleh itu, jom kita ikuti perkongsian pengalaman doktor pelatih ini membahagikan masa antara kerjaya dan menyusukan anak.

DOKTOR PELATIH (HO) DAN MENYUSUKAN ANAK

Bismillahirrahmanirrahim

Sebelum ni saya rasa keberatan sebab rasa tak layak mahu berkongsi sebab susu cukup-cukup makan. Sejak Ayyash 5 bulan setengah dah terpaksa campur dgn susu formula sebab jadual kerja yang terlalu pack sampai tak cukup makan. Tapi alhamdulillah sampai sekarang (7 bulan) saya masih lagi teruskn pam susu. Harapnya perkongsian ni dapat memberikan semangat untuk ibu-ibu diluar sana.

Jadual harian saya sebagai doktor pelatih

www.facebook.com/marlyana.termizi

Setiap hari perlu sampai di hospital sebelum pukul 7 pagi. Paling awal saya pernah smpai pukul 5.30 pagi.

– Pulang ke rumah kebiasaannya sekitar jam 10 malam, paling lambat pernah punch out pukul 12++ midnight (average working hours per day 15 hours)

– Jadual oncall : 7 pagi smpai 12 tgh hari esoknya utk posting surgical….berbeza ikut posting. Kerja malam Pediatrik 7mlm – 7 pagi

MENTAL PREP

– sebelum masuk kerja, semasa tempoh berpantang kene ada aim yg kuat nak exclusively BF for 6 month dn sampai 2 tahun nak breastfeed

– TAHU kenapa nak teruskan bf?

*saya niatkn susu yg anak saya dapat akn menjadi darah daging dia dn saya akn dapat pahala berterusan

* manfaat susu ibu itu sendiri dari segi antibodi, IQ baby lebih tinggi, mengurangkan risiko jangkitan paru2 pada tahun pertama dan macam2 lagi

KNOWLEDGE PREP

– Frequency pump, latching(lekapan) bayi, direct feed, cara penyimpanan susu, power pumping semua boleh google atau boleh jumpa pakar laktasi.

– Yang ni PENTING, kena bnyak membaca sewaktu tempoh mengandung

– Waktu menyusu anak pertama, saya struggle untuk latch (lekapan) perfectly sampai jadi sore and irritated nipple, tapi saya teruskan penyusuan, tahan je sakit sampai nangis2 . After 2 weeks, dh tak sakit dan dah tahu teknik yang betul.

– Menyusu waktu malam penting utk ransangan pengeluaran susu sebab hormon prolactin dikeluarkan pada waktu malam

– Jadi saya gagahkan juga waktu malam bangun 2-3 kali untuk menyusu

– Kalau penat sangat balik pukul 12 tgh malam, dan kerja esok harinya saya akan pump seblum tidur dan mak mentua saya yg bangun utk bagi susu (saya masih pjj dengan suami; suami masih di india)

PERSEDIAAN BARANG KELENGKAPAN PENYUSUAN

1. BREAST PUMP

Saya ada dua pump susu. Satu pump susu yang bulky dan tahan untuk heavy work untuk letak di rumah sahaja. Satu lagi yang handfree dan sangat mobile. Dua-dua jenis dual pump, jimat masa.

Kenapa saya perlukan dua?

* Untuk jimatkan masa, pump susu mobile memang letak je dalam beg untuk ke tempat kerja, so takda peluang untuk tertinggal

*Sebelum pergi kerja, saya akan pump sekali, sebelum tidur kalau tak tidur dgn anak selepas balik kerja saya akan pump sekali

* Bila ad dua pump,dapat jimat masa untuk sterilize, boleh bawa terus pump yang dah siap sterilize ke tempat kerja. Tapi kalau ad satu sahaja pun dah cukup sebenarnya.

2. STERILIZER

– Ini sangat penting! Alhamdulillah, dapat hadiah sterilizer avent yang besar waktu bersalinkan anak first di india (terima kasih sgt pada adik2 yg bagi, smpai sekarang masih berfungsi dn berguna setiap hari). Jimat masa untuk sterilize banyak-banyak botol sekaligus.

– Basuh botol-botol yang banyak dan pump susu equipment ambil masa juga, yang part ni sangat penting. MINTA TOLONG suami/ pembantu. Saya masih PJJ dengan suami tak duduk dengan suami sekali, jadi pembantu sangat diperlukan bagi situasi saya.

MACAM MANA BAHAGIKAN MASA

www.motherandbaby.co.uk

1. Saya WAJIBKAN diri paling minimum perlu pump sekali di tempat kerja, kalau dapat dua kali, sekali waktu solat zohor dan sekali waktu solat maghrib

2. Kebanyakannya saya dapat pump waktu tengah hari, saya tetapkan SETENGAH jam untuk solat, makan dan pam. Sambil makan, sambil pump…jimat masa banyak kat situ. Pending ward work yg tak settle had to be settle down before pm round sekitar pukul 2. Selalu je rasa mcm x sempat, tpi paksa juga pump, HAK ANAK LEBIH PENTING. Kalau kene marah sbb buat kerja lambat… telan je. Macam solat, tanggungjawab kita terhadap allah lebih penting. Xkan kita rela tuhan yang menciptakan kira marah berbanding pakar/specialist marah

3. WAJIBKAN JUGA setiap kali sebelum pergi kerja pump sekali, masa diperlukan sekitar 10-15 minit utk pump. Jadi perlu bangun awal. Kalau jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja jauh… mungkin boleh pump dlm kereta kalau ad suami/ siapa2 yg hantarkan.

www.medela.ca

Sebelum pergi kerja pun wajib pump, tpi pernah jugak terbabas tidur x sempat pump. Paling lmbt bangun pukul 5.40 pagi
Klu dh lebih, x sempat dah pam sebab saya perlu sampai ke tempat kerja sebelum pukul 7 pagi utk am review seblum pakar round sekitar pukul 8.30 pagi

Ayah mentua saya akan hantar dan ambil kalau jadual habis pukul 10 malam sebab takut saya mengantuk
Jadi, selalu kalau pagi2 dah tak sempat utk pam, saya akan pam dalam kereta walaupun perjalanan ambil masa dlm 10-15 min sahaja ke hospital.

INFORM

– Untuk HO2 kalau pergi pump susu, inform colleague, saya nak pergi pump susu. Kalau oncall lagi penting untuk inform, sebab kita akn menghilang minimum setengah jam.

-Kalau MIA (missing in action) tak inform, silap-silap perlu mengadap HOD (head of department). Kalau hospital tempat anda bekerja hospital rakan bayi means hospital tu, sangat menggalakkan penyusuan, kalau ada siapa-siapa mempersoalkan selalu MIA untuk pump susu, balas balik.

CUKUP MINUM AIR DAN MAKAN

http://www.motherjones.com/

– Tak perlu milk booster, jaga minum air sehari lebih 2 liter

– Makan on time (bagi saya susah sikit, tpi saya cuba curi-curi masa untuk makan). Sambil makan sambil pump, jimat masa!

Akhir sekali, setiap orang ada pengalaman dan cabaran berbeza, saya respect setiap ibu-ibu yang mengandung dan melahirkan dgn bersusah payah. Dan sokongan dari ahli keluarga sangat penting untuk menjayakan penyusuan susu badan. Harapnya perkongsian ni dapat memberikan idea dan semangat untuk saya dan ibu-ibu diluar sana meneruskan penyusuan.

Wa’allahu a’lam

Sumber: Marlyana Termizi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×