Zaman sekarang, ibu bapa memang sibuk kejar masa dengan bekerja, menguruskan rumah tangga dan dalam masa yang sama, nak pastikan anak-anak dapat makanan yang berkhasiat.
Tambah pula bila si kecil picky eater, lagi pening kepala nak cari makanan yang sihat dan mereka suka.
Tapi, jangan risau! Dengan Bebe Brunch, semua itu boleh diselesaikan. Ini adalah sebab kenapa produk makanan bayi jenama ini semakin mendapat perhatian ramai.
Makanan bayi tanpa garam, gula & pengawet
Untuk pengetahuan anda, Bebe Brunch ialah jenama makanan bayi yang dicipta khas dengan menggunakan bahan semulajadi untuk memastikan anak-anak anda dapat makanan yang sihat dan selamat.
Walaupun tanpa bahan pengawet, produk ini boleh tahan setahun kerana melalui proses drying, yang mengekalkan nutrisi sambil menghalang pertumbuhan bakteria.
Selain itu, ada 24 variasi menu yang boleh dipilih!
Pernah tak rasa pening nak fikir menu untuk si kecil? Jangan risau, Bebe Brunch ada penyelesaiannya! Ada lebih 24 variasi makanan bayi seperti oatmeal, peanut butter, serbuk rencah, porridge.
Bayangkan bubur berlauk seperti Sup Ayam, Sweet Sour, atau Cheezynara… Fuh! Semua ni pasti buat bayi anda makan dengan berselera setiap kali waktu makan.
Mudah & cepat untuk disediakan
Tak cukup masa nak masak? Jangan risau! Produk Bebe Brunch hanya perlukan air panas untuk disediakan. Dalam beberapa minit saja, makanan bayi dah siap.
Orang kata memang jadi penyelamat lah bagi ibu-ibu yang sibuk tetapi tetap mahu menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak.
Sebab itulah Bebe Brunch menjadi pilihan terbaik untuk pemakanan sihat si kecil!
Bebe Brunch dirumus khas untuk bayi seawal usia 6 bulan, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk memperkenalkan makanan pertama si kecil.
Setiap produk dihasilkan menggunakan bahan semulajadi tanpa garam, gula, MSG, atau bahan pengawet, memastikan ia selamat dan penuh nutrisi. Produk ini juga dihasilkan menggunakan bahan semulajadi yang halal.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom berikan si kecil pengalaman rasa yang sihat dan seimbang!
Nak cuba makanan bayi Bebe Brunch? Anda boleh dapatkan dari agen-agen di seluruh Malaysia dan Singapura, atau cari di kedai makanan bayi berhampiran.
Jangan lupa ikuti media sosial mereka untuk promosi menarik di Instagram dan TikTok serta tonton video INI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Bebe Brunch!