Hebahan

Bazar Ramadan Masih Ada Di Wilayah Persekutuan Cuma Kaedah Pengurusan Akan Diperketatkan

83
SHARES

Sudah beberapa negeri telah mengumumkan pembatalan bazar Ramadan pada tahun ini. Hal ini bagi mengelakkan penularan wabak merbahaya COVID-19 yang masih berada dalam paras merisaukan. Namun, bagi negeri Wilayah Persekutuan dikatakan bahawa bazar akan beroperasi seperti biasa cuma, akan diperketatkan dari segi peraturan dan pengurusan.

PENGURUSAN BAZAR RAMADAN DIPERKETATKAN

Prosedur pengurusan bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan mulai tahun ini akan dipertingkat bagi mengelakkan orang ramai bersesak di gerai-gerai jualan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Memetik laporan Astro Awani, beliau berkata pihaknya akan membuat penelitian lanjut bersama pihak yang berkaitan sebelum pengumuman mengenai perkara itu dilakukan sedikit masa lagi.

“Saya tidak mahu oleh kerana Singapura atau pihak-pihak lain mengumumkan tiada bazar (Ramadan) pada tahun ini maka kita pun cakap tidak ada,” katanya kepada media sebelum melakukan tinjauan kerja-kerja disinfeksi atau nyahcemar di bangunan kedai Presint 15

Tambahnya, pengurusan bazar Ramadan perlu diubah suai tanpa membatalkannya memandangkan ia merupakan keperluan terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar. Bukan itu sahaja, bazar juga adalah keperluan masyarakat bandar yang tidak sempat memasak selepas habis bekerja.

“Saya mahu perkara ini dibuat penelitian, kerana bazar Ramadan yang lazimnya besar dan luas yang dibuat sebelum ini besar kemungkinan kita tidak boleh lakukan lagi,” katanya.

JUMLAH GERAI AKAN DIKURANGKAN

Tan Sri Annuar juga menjelaskan kemungkinan bazar Ramadan pada tahun ini, sebagai contoh di tempat yang mempunyai hingga 50 gerai, mungkin hanya ada 10 gerai sahaja dan akan dijarakkan antara satu sama lain serta dibuka di banyak tempat.

“Yang pastinya sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini diteruskan atau tidak kita tidak akan meneruskan cara lama yang boleh membawa kepada masalah kesihatan. Kita kena perbaiki kehidupan, kita jangan hanya disiplinkan diri sewaktu PKP, banyak perkara yang kita boleh belajar dan amalkan terus pada pasca PKP nanti,” katanya.

Kerajaan menguatkuasakan PKP mulai 18 Mac sehingga 14 April bagi mengekang penularan COVID-19.

Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×