40 Minggu

Bayi Usia 14 Bulan Meninggal Dunia Gara-Gara Jatuh Katil

89
SHARES

Menjaga anak-anak yang masih kecil sememangnya memerlukan pemerhatian yang mendalam. Ini juga termasuk kawasan sekitar seperti katil yang yang berpotensi mengakibatkan anak-anak mudah jatuh. Terbaharu, akhbar Harian Metro melaporkan terdapat kes bayi meninggal dunia akibat retak kepala akibat jatuh dari katil di rumah pengasuh!

BAYI 14 BULAN MENINGGAL DUNIA, KEPALA RETAK JATUH KATIL

bayi maut

Di Dungun, Terengganu, seorang bayi lelaki berusia 14 bulan yang mengalami pendarahan dan retak kepala dipercayai terjatuh dari katil di rumah pengasuhnya di Paka, di sini, meninggal dunia malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu jam 10 malam.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang sebelum itu tidak sedarkan diri dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HSNZ Kuala Terengganu kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Pemeriksaan terhadap badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan fizikal namun pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (Ct Scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan di ubun kepala serta keretakan di belakang kepala.

Berdasarkan sasil soal siasat, pengasuh wanita berusia 24 tahun memaklumkan mangsa terjatuh secara terlentang dari katil dengan kepalanya terhentak di lantai ketika bermain.

“Pada mulanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 tetapi kini kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat. Kita akan menahan suspek untuk siasatan lanjut,” kata Ketua Polis Dungun.

Akhbar semalam melaporkan bayi lelaki berusia 14 bulan mengalami pendarahan dan retak kepala selepas dipercayai terjatuh dari katil ketika berada di rumah pengasuhnya kelmarin.

Mangsa sebelum itu dihantar bapanya berusia 30 tahun ke rumah pengasuh jam 10.15 pagi sebelum lelaki terbabit bergerak ke kedai makan.

Bagaimanapun, lelaki terbabit menerima panggilan daripada isterinya memaklumkan anaknya mengalami masalah di rumah pengasuh sebelum dia bergegas ke rumah wanita terbabit.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×