Rakyat

Bayi Usia 10 Bulan Maut Rumah Terbakar, Ditinggal Bersendirian

271
SHARES

Baharu sahaja kita dikejutkan dengan kes kematian bayi yang ditinggalkan dalam kereta, sekali lagi kita dikejutkan dengan kes bayi maut dalam kebakaran di rumah. Menurut laporan, bayi tersebut ditinggalkan bersendirian di rumah sementara ibunya keluar sebentar ke pejabat pos.

MAUT DALAM KEBAKARAN

Bayi perempuan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Bangkahulu, Gemas, 11.35 pagi hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal berkata, mangsa, Siti Nur Aini Zulimi, 10 bulan sebelum itu ditinggalkan sendirian oleh ibunya di dalam buaian elektrik sebelum wanita itu pergi ke Pejabat Pos Gemas pada 10.30 pagi.

MINTA BANTUAN JIRAN TENGOK BAYI

Menurut laporan dari Harian Metro, beliau berkata, ibu mangsa dipercayai meminta bantuan jirannya bagi melihat bayi berkenaan jika menangis.

“Ibu mangsa kemudian menerima panggilan telefon daripada jiran memberitahu rumahnya terbakar.

“Ibu mangsa bergegas pulang ke rumah dan mendapati anaknya maut dalam kebakaran itu,” katanya.

Ahmad Pilus berkata, ketika kejadian bapa mangsa sedang bertugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas. Beliau berkata, kebakaran sedang disiasat oleh pihak bomba dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gemas, Mohd Farid Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.38 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis kekal yang terbakar 60 peratus dan punca kejadian masih dalam siasatan. Mayat mangsa yang melecur 30 peratus itu dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Sumber : Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×