40 Minggu

Setiap Bayi Baru Lahir Di Sarawak Bakal Terima Insentif RM 1000

1.7K
SHARES

Buat anda yang merupakan rakyat negeri Sarawak atau bakal melahirkan anak di negeri tersebut, ini adalah antara berita yang paling menggembirakan. Hal ini kerana setiap bayi baru lahir Sarawak akan diberi insentif RM1,000 tanpa mengira etnik, kepercayaan agama dan status sosial mulai tahun hadapan.

INSENTIF BOLEH DIKELUARKAN APABILA USIA 18 TAHUN

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, namun insentif itu akan hanya boleh dikeluarkan selepas bayi berkenaan mencapai usia 18 tahun.

“Kerajaan Negeri membuat keputusan bagi memperkenalkan dasar baru itu dan ia bertujuan untuk memenuhi keperluan pendidikan atau dana untuk melanjutkan karier mereka,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2019) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Kerajaan Negeri bersetuju memperkenalkan satu dasar baru dan ia bertujuan untuk melanjutkan pelajaran atau sebagai dana untuk karier mereka,” katanya.

Mengulas mengenai insentif itu, Menteri Kebajikan, Hal Ehwal Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata ia sudah pasti memberi manfaat kepada generasi baharu di Sarawak.

Fatimah, yang juga Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, parti itu akan terus mengunjungi hingga ke akar umbi dan mendekati orang ramai bagi menyalurkan maklumat mengenai perkara yang disentuh oleh Ketua Menteri semasa ucapan belanjawannya.

Antara isu itu ialah masa hadapan dan kehidupan rakyat terutama wanita, keluarga dan pembangunan kanak-kanak.

Sumber : Bernama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×