keselamatan

Bayi 18 Bulan Maut Terhempap Cermin Kedai Di Jewel Changi Airport

460
SHARES

Mengerikan! Ibu ayah yang bawa anak shopping atau jalan-jalan dalam mall kena alert dan jangan biarkan anak main berdekatan cermin kedai ya. Siapa sangka, tiba-tiba cermin gelas tu jatuh dan menimpa si kecil.

Itulah yang berlaku apabila seorang kanak-kanak berusia 18 bulan maut akibat kecederaannya pada hari Jumaat (23 Ogos) selepas cermin kedai terjatuh menimpanya.

Kejadian itu berlaku di Urban Revivo, sebuah outlet label fesyen China di tingkat dua Lapangan Terbang Jewel Changi, Singapura.

Polis berkata dalam satu kenyataan pada hari Sabtu bahawa mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.30 malam di mana cermin telah jatuh pada seorang bayi berusia 18 bulan.

Foto Kredit: The Straits Times

Bayi Tak Sedarkan Diri Ketika Dibawa Ke Hospital

Menurut sumber dari Channel News Asia, bayi itu tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Umum Changi.

Pihak polis kemudiannya mengesahkan kematian bayi tersebut, sambil menambah bahawa kejadian tersebut masih dalam siasatan.

Jurucakap Jewel Changi Airport berkata pada hari Sabtu bahawa mereka sangat bersedih dengan kemalangan tragis ini dan sedang bekerja dengan Urban Revivo untuk mendapatkan butiran terperinci berkenaan kejadian itu.

“Kami telah berhubung dengan keluarga yang terlibat dan cuba memberi sokongan sepenuhnya kepada mereka untuk menghadapi keadaan yang sukar ini. Kami amat bersimpati atas apa yang terjadi.”

Peringatan Agar Ibu Ayah Lebih Berhati-Hati

Urban Revivo berkata dalam satu kenyataan pada hari Sabtu bahawa mereka juga sangat sedih dan kesal dengan kejadian itu.

Dalam gambar-gambar yang diambil dari Urban Revivo kira-kira pukul 6 petang pada hari Sabtu, pintu masuk ke kedai itu dihalang dengan tanda “closed for stock intake”.

Khabarnya, keluarga kanak-kanak itu berasal dari China dan sedang bercuti di Singapura. Namun, percutian yang dirancang bertukar tragedi bila berlakunya kejadian yang tak disangka ini.

Jadi lepas ni, ibu ayah perlu sentiasa pantau pergerakan anak ya. Jangan biarkan mereka terlalu dekat dengan cermin sebab apa-apa saja boleh berlaku!

*Sumber gambar / berita: Asia One, The Straits Times, Today Online, Channel News Asia 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×