Inspirasi

Bayi Lahir Tanpa Hidung Ini Pasti Membuatkan Hati Sesiapa Sahaja Tersentuh

5
SHARES

Bayi comel ini diberi nama Eli Thompson. Beliau adalah bayi istimewa, hanya 1 dalam 10 bilion bayi yang ada di muka bumi ini.

Beliau dilahirkan dengan keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai Congenital Arhinia. Ia adalah suatu keadaan di mana bayi itu dilahirkan tanpa hidung, dan kes seperti ini begitu jarang berlaku. Di seluruh dunia, hanya 30 kes telah dilaporkan setakat ini.

Ibu bapa Eli, Brandi dan Troy Thompson tidak menyedari ada sesuatu yang berbeza mengenai bayi mereka sehingga selepas dia dilahirkan. Jelasnya lagi, tidak ada yang menunjukkan kelainan semasa pemeriksaan ultrasound. Ketika Eli lahir, Brandi dan Troy sama sekali terkejut melihat bayi mereka tidak mempunyai hidung.

Prosedur tracheotomy terpaksa dijalankan, iaitu satu saluran ditebuk di leher untuk membantu dia bernafas lebih baik. Eli juga akan melalui pembedahan lebih pada masa akan datang. Dia memerlukan pemantauan yang amat rapi, dan dia tidak boleh menangis sehingga ibu bapanya perlu menjaga menutup mata dia.

Apa itu tracheotomy?

Menurut Utusan Malaysia,  satu lubang perlu dibuat di leher iaitu di bawah halkum pesakit. Lubang itu akan disalurkan terus ke trakea.

Trakea merupakan saluran pernafasan yang terletak di bahagian leher. Melalui lubang berkenaan satu tiub yang dinamakan tracheostomy dimasukkan ke dalamnya. Tiub berkenaan berfungsi untuk membenarkan atau memudahkan pesakit terbabit bernafas.

Tiub tracheostomy tidak berperanan sebagai saluran pemakanan dan ia hanya digunakan khusus untuk saluran pernafasan.

Bagaimana apabila bayi meningkat dewasa?

Tambah Utusan Malaysia lagi, untuk masa akan datang, pesakit masih berpeluang untuk menghidu bau wangi-wangian dengan menggunakan hidung mereka. Walaupun peluangnya rendah tetapi mereka boleh mencuba fungsi deria bau dengan menutup lubang tiub bagi membolehkan udara ditolak ke hidung.

Selain itu, pesakit wanita masih berpeluang untuk bersalin secara normal. Mereka hanya perlu menutup lubang tiub tracheostomy bagi membolehkan mereka meneran.

Malah cara tersebut juga tidak mendatangkan bahaya kepada wanita berkenaan.

Pesakit dinasihat berunding dengan pakar ENT tentang peluang pembedahan untuk mereka kembali kepada kehidupan normal.

Gambar-gambar Eli, bayi lahir tanpa hidung

Sumber: Facebook Eli’s Story

Ini adalah sedikit gambar-gambar Eli, iaitu bayi lahir tanpa hidung. Beliau sangat comel dan kelihatan cerita sekali. Tidak nampak rasa gelisah padanya.

Bayi lahir tanpa hidung Bayi lahir tanpa hidung Bayi lahir tanpa hidung Bayi lahir tanpa hidung Bayi lahir tanpa hidung Bayi lahir tanpa hidung

Bayi lahir tanpa hidung

Video temuramah ibu Eli

Tontoni video ekslusif dari Inside Edition. Dalam video ini juga ada menunjukkan ibu-bapa Eli membersih tiub pernafasan beliau beberapa kali sehari. Sedih pula bila part Eli bersin, tidak macam bayi biasa.

Bagaimana mahu bantu Eli?

Bayi lahir tanpa hidung

Anda boleh menderma seikhlas hati di GoFundMe.

Bagaimana ingin ikuti perkembangan Eli?

Boleh layari laman Facebook Timothy Eli’s Story di sini. Ada banyak lagi gambar Eli di sana

Akhir kata

Jangan pula ada lupa yang mengatakan hodoh atau melontarkan kata-kata nista pada bayi yang tidak bersalah ini. Sesungguhnya, ia adalah kejadian Allah dan ditetapkan sejak azali lagi.

Sumber: faithreel & gagclip

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×