Hebahan

Bayi Disahkan Positif Coronavirus Selepas 30 Jam Dilahirkan

551
SHARES

Terbaharu, seorang bayi di bandar Wuhan yang dilanda wabak coronavirus telah didiagnosis dijangkiti virus itu hanya 30 jam selepas dilahirkan, media negara China melaporkan hari ini.

Bayi itu adalah yang termuda dicatatkan dijangkiti virus itu, yang telah mengakibatkan kematian hampir 500 orang sejak dikesan lewat tahun lalu.

INDIVIDU PALING MUDA DIREKODKAN

CCTV memetik pakar sebagai berkata, ia mungkin kes “penyebaran menegak”, merujuk kepada jangkitan yang disebarkan dari ibu kepada anak semasa kehamilan, bersalin atau serta merta selepas itu. Ibu bayi itu telah diuji positif terhadap virus itu sebelum beliau melahirkan.

Menerusi laporan CBS News, kes ini menjadikan bayi berkenaan sebagai individu paling muda direkodkan dijangkiti virus yang mengakibatkan kematian hampir 500 nyawa di negara itu. Bayi seberat 7 paun itu walau bagaimanapun tidak mengalami demam dan batuk sebaliknya mengalami sesak nafas. Hasil pemeriksaan X-ray juga mendapati beberapa simptom jangkitan selain terdapat keabnormalan pada fungsi hati.

IBU DISAHKAN POSITIF, JANGKIT DALAM RAHIM

Menurut pakar perubatan, sebelum melahirkan bayi berkenaan, si ibu disahkan positif coronavirus dan berkemungkinan bayi tersebut dijangkiti semasa dia di dalam rahim, semasa bersalin atau selepas bayi itu dilahirkan.

Agensi berita rasmi Xinhua Isnin lalu melaporkan bahawa seorang bayi yang dilahirkan minggu lalu oleh ibu yang dijangkiti telah diuji negatif.

Penyakit itu dipercayai muncul pada bulan Disember di pasar Wuhan yang menjual haiwan liar, dan tersebar dengan cepat apabila orang ramai melakukan perjalanan untuk percutian Tahun Baharu Cina pada bulan Januari.

Suruhanjaya kesihatan kebangsaan China semalam berkata, orang yang paling tua yang didiagnosis dengan virus itu berusia 90 tahun, dan 80 peratus kematian yang dilaporkan adalah pesakit berusia 60 tahun atau lebih tua.

Sumber : Berita Harian, CBS News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×