Percutian

Bapa Ni Kongsi Pengalaman Bawa Kereta Sendiri Dari KL Ke Utara Thailand. Cuaca Sejuk, View Cantik!

4.4K
SHARES
bawa kereta ke thailand

Selain pantai yang cantik, tahukah anda bahawa utara Thailand adalah destinasi percutian sejuk yang menarik untuk diterokai. Terletak bersempadan dengan Myanmar, Bandar Mae Hong Son adalah lokasi yang mungkin jarang kita dengar berbanding Bangkok, Koh Samui atau Hua Hin.

Ia adalah sebuah kawasan pergunungan dan lembah sejuk yang dilitupi awan. Cuacanya boleh mencecah 2 darjah Celsius tau. Di sini, pemandangannya cukup indah dan mengagumkan, macam dalam poskad tu!

Salah seorang pembaca kami, Hadi Rahim telah berkongsikan pengalaman mereka sekeluarga bercuti ke sana pada Disember lalu dengan membawa kenderaan sendiri. Best sangat tengok gambar-gambarnya.

Jom kita ikuti pengalaman beliau selengkapnya di bawah ini.

Pengalaman 10 Hari Bawa Kereta Sendiri Dari KL Ke Utara Thailand

Trip ke utara Thailand ni sebenarnya dah lama saya rancang sejak tahun 2017 dan sepatutnya pergi pada Disember 2018.

Tapi ada rezeki yang lebih baik Allah nak bagi, trip ni tunda pada tahun 2018. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. So pengembaraan bermula dengan kehadiran duit kutu akhir tahun 2019 tempoh hari.

Perjalanan 10 hari ini bermodalkan Thailand Baht 35000 (THB) sebab kadar tukaran memang teruk sekarang ni yang ditukarkan di Mid Valley.

* (35,000 THB bersamaan lebih kurang RM 4,700 untuk kami 5 sekeluarga iaitu 3 kanak-kanak dan 2 dewasa)

01/12/2019 (Hari Pertama)

Pengembaraan kami bermula dengan baik di ICQS Padang Besar. Bersama stamping pasport dengan sekumpulan pakcik makcik yang naik bas bagi pakej 10 hari ke Chiang Mai. Semua document clearance berjalan dengan baik. Macam mana nak drive kereta sendiri masuk ke Thailand ?

Saya dah pernah buat entri tentang tatacara untuk membawa kenderaan masuk ke Thailand, boleh rujuk entri yang sebelum-sebelum ni.

Dari ICQS Padang Besar, kami sekeluarga menuju terus ke Prachuap Khiri Khan sebab memang dah tak nak singgah kawasan Selatan Thailand / Hat Yai sebab dah biasa sangat.

Jadi kami berhenti makan di tepi jalan dekat Patthalung dan meneruskan perjalanan hingga ke hotel kat Prachuap Khiri Khan dan bermalam.

Tilam hotel ni keraih nak mampuih, cuma syoknya sebab hotel cantik. Parking kereta pun depan bilik saja.

Penggunaan Petrol : Caltex Ron 97 ( RM 134 ) Caltex Prachuap THB 1000

Hotel : Baan Pak Sukjai / RM 72.98

02/12/2019 ( Hari Kedua )

Kami keluar dari Hotel pada jam 9.00 pg (waktu Thailand). Singgah bersarapan berat di kedai berhampiran hotel dan terus menuju ke Kanchanaburi dan dalam perjalanan tu sempat la menyinggah di satu dua tempat dalam perjalanan tu:

  • Pantai Prachuap Khiri Khan
  • 1000 Sook
  • Meena Cafe
  • Giant Tree
  • Death Railway

Hari ni nasib tak berapa baik, sebab tayar kereta bocor terkena paku. Nasib baik ada kedai tayar yang masih buka. Selesai tampal tayar terus pegi makan dekat Zubees Halal.

Jumpa satu group student UniMap, buat benchmarking katenye. Balik ke Hotel untuk tido.

Hotel malam ni selesa sikit, ade kolam renang dan terletak tepi sungai Kwai. Memang nampak jambatan keretapi tu. Cantik ! Boleh main basikal pulak tu.

Penggunaan Petrol : Isi pada 1/12/2019

Hotel : River Kwai Bridge Resort / RM 103.30

03/12/2019 ( Hari Ketiga )

Keluar Hotel pada jam 9.00 pg (waktu Thailand) juga. Kira paling awal le tu. Sebab nak tunggu anak-anak bangun, nak bagi mandi bagai.

Kami pergi cari sarapan berhampiran hotel je. Siap sarapan kami menuju ke Mae Sot.

Kami singgah di Thai-Swiss, Magic Mountain, sampai ke Mae Sot masuk hotel, solat dan kemudian terus ke Arokaya Onsen dan park dekat sebelah dia.

Masa sampai pun dah petang so relaks kat hotel. Malam ni guna dapur dia untuk masak.

Penggunaan Petrol : THB 1000 (Kanchanaburi)

Hotel : Baan Pang Pond / RM 55.19

04/12/2019 (Hari Keempat)

Sama juga, keluar hotel jam 9.00 (Thailand), dari Mae Sot terus gerak patah balik pergi Tak.

Main dekat Magic Mountain sekali lagi sebab anak sulung tidur waktu sampai kat situ semalam.

Singgah dekat Soi Muser Tribe Market beli strawberi buat bekalan makan dengan Nutella dalam kereta.

Teruskan perjalanan ke Doi Inthanon semata-mata nak merasa perjalanan melalui puncak gunung-ganang Thailand, memang best.

Suhu siang sekitar 12-17 darjah Celsius saja, so tak sia sia patah balik.

Biasanya orang akan melalui Mae Sariang terus le Mae Hong Son… tapi sebab nak gi berkhemah di Doi Inthanon, dengan gigihnya kami berpatah balik.

Sampai awal kat Doi Inthanon National Park, pergi air terjun dia dan Taman Bunga Diraja katanya.

Lepas tu pegi cari tapak camping, awal-awal tu dia tak bagi masuk… Rupanya kena bayar sewa tapak camping dekat HQ, baru boleh masuk.

Best sangat camping kat sini. TU JA NAK HABAQ!

Ada yang sewa peralatan steamboat dgn BBQ tapi tu lah, tak halal.

Perbelanjaan Petrol : Caltex TBH 900 (Route 1)
PTT Lamphun

Hotel : Camping Mode @ THB 60 & THB 100 for Bed + Pillow

National Park : Adult @ THB 300
Children @ TBH 150
Car @ THB 30

05/12/2019 ( Hari Kelima )

Awal pagi dah bangun, awal sungguh sebab terjaga khemah lain dah dok pack up dan van pelancong dah dok bising keluar.

Kami pun sama-sama buat lorat, keluar pegi Doi Inthanon Summit. Tengok awan nano dengan matahari terbit. Sejuk ditdit ooooiii… Suhu pagi ni paling rendah 6 darjah Celsius. Kalau tunggu dua hari lagi dapat la merasa -2 darjah.

Dah habis merayau dekat atas, turun balik ke National Park kemas semua khemah terus bergerak ke Mae Hong Son…

P/S : kalau nak ke Doi Inthanon Summit tak payah lalu National Park tu sebab puncak dia di luar kawasan National Park. Jimat dah duit kat situ. Nampak tak permainan dia macam mana…

Dengan gigih drive dari Doi Inthanon ke Mae Hong Son pun melalui kawasan pergunungan. Singgah dekat Thung Bua Thong tempat wild sunflower tu tapi tu lah, kawasan berdebu gila.

Sampai je Mae Hong Son (MHS), bagi anak anak mandi dekat PTT MHS, aku rasa petrol kat sini paling mahal.

Cari kedai buat sijil dah dapat sijil cari makan dekat masjid MHS jumpa orang Pattani yang buleh cakap Melayu. Senang la sikit nak order makan, minta tolong dekat dia. Kalau ikut plan, malam ni nak tido dekat Pak Uong camping mode jugak… tapi memandangkan sejuk yang malam tadi pun tak hilang lagi, lepas makan terus bergerak ke Pai.

Dalam perjalanan tu selisih dgn ramai jugak group bikers ada juga yang solo… Best!

Sampai Pai pun dah malam terus cari hotel dan check in. Orang kata walking street dekat Pai best, tapi bagi aku tidoq lagi best. Dah letih sangat time ni!

Hotel ni best sebab menghadap gunung. Bila waktu pagi boleh tengok sunrise celah gunung.

Perbelanjaan Petrol : PTT MHS THB 1000

Hotel : Pai Waan Resort RM 102.86

06/12/2019 ( Hari Keenam )

Bila tido hotel ni faham-faham la ye. Paling awal keluar jam 9.00 pagi.

Kami cari 7E dulu nak top up data internet. Nyawa tuh sebab nak tengok map dengan waze.

Lepas tu cari kedai makan halal, makan siap siap.

So hari ni kami anak beranak menuju Chiang Mai, tempat yang Cikgu Kemar nak pi sangat.

Sepanjang lima hari dok tanya ja, jauh lagi dak Chiang Mai… tu Chiang Mai 219KM lagi… Awat tak sampai Chiang Mai lagi…Adeh…!

Masa dalam perjalanan ke Chiang Mai sempatlah kami singgah di Santichon Village. Lepas puas dok bergaya sakan la kat situ, kami singgah Coffee in Love pekena Latte. Adesss sedap nak mampuih la kopi kot belah ni.

Kemudian singgah ladang strawberi dan akhirnya sampai la Chiang Mai. Ingat nak pergi jugak la kampung orang leher panjang tu. Tapi nak masuk pun dah THB 500 sorang… pataaaaahhh balik!

Lepak PTT dia siap ada garden lagi. Kami cari hotel, lepas check in, solat. Kemudian kat sini la cari dobi, jumpa la plak Laundrybar.  silap tak bawak token, dah la mahal nak tukar token kat sini!

Dah siap dobi terus pergi cari makan kat tempat Cikgu Kemar berhajat sangat tu. Banpuenhinnong ka apa nama tak tau, order la kot nak makan ikan. Dah abis ikan tu baru perasan ikan haruan. Ermmm je lah… Balik hotel buat pengurusan diri dan lena.

Perbelanjaan Petrol : THB 930

Hotel : Hua Lin Inn

07/12/2019 ( Hari Ketujuh )

Hari ni sarapan depan hotel, bersepah kedai makanan Islam dekat area hotel ni.

Anak-anak dapat la makan roti canai, kami akan breakfast berat terus sebab perjalanan panjang.

Sebelum tu pegi basuh kereta dulu, dah tak macam rupa keta dah aku tengok.

Lepas breakfast kami terus gerak ke Chiang Rai, masuk pekan Chiang Rai cari masjid Darunaman. Makan mee kuah dia kat situ sedap jugak.

Lepas solat terus gerak ke ladang teh Chui Fong, dan terus pi Mae Sai.

Cari bilik kat Mae Sai untuk bermalam. Dekat sini paling sejuk, duduk hotel tak gaduh buka air cond, lagi sejuk daripada duduk dalam air cond.

Waktu malam kami pegi merayap dekat night market dia cari sarung tangan. Layan street food. Kiranya dah sampai la kat penghujung paling utara kat Thailand ni. Seberang sana dah Thachileik, Myanmar.

Settle down kat cni buat malam ni,nasib baik bilik ada water heater.

Perbelanjaan Petrol : THB 1050

Hotel : Chiang Rung Room Service THB 600

08/12/2019 (Hari Kelapan)

Siap-siap keluar dari bilik, bergerak ke Bismillah Halal food, ada dua tiga juga kedai makanan halal kat sini, tapi malam tutup awal.

Bila dah siap makan terus pegi Golden Triangle. Masa dekat sini anak paling kecik, Nuha jatuh bangku. Kesian kat dia, nangis teruk tu mesti sakit sangat.

Apapun, bila dah puas bergambar kami terus gerak turun ke Petchabun nak pergi tempat awan nano yang lejen tu di Phu Tub Berk.

Sampai pun dah malam, bayar la fee National Park yang super mahai.

Tapi tu lah kalau korang pandai masuk la ikut belakang, sebab Phu Tub Berk tu kat luar National Park. Pacak khemah dekat puncak. Masak megi je, malam ni tak boleh tido sebab sejuk nak mampuih! Cikgu Kemar yang tidoq dalam kereta pun tak boleh nak lena.

Tengok suhu dekat jam aku tunjuk actual temperature 2.4 darjah Celsius. Sarung tangan yang beli kat Mae Sai tu macam dah tak berfungsi je.

Kesian anak anak pun mengadu sejuk. Penyudahnya aku nyalakan dapur dalam khemah je. Aku tak lena sebab nak jaga api. Tak apalah janji anak-anak dapat lena.

Perbelanjaan Petrol : THB 1070 uttaradit Hotel : Camping Mode Phu Teb Berk

09/10/2019 (Hari Kesembilan)

Awal pagi layan sunrise memang superb kat sini cuma rezeki tak ada nak layan awan nano.

Cepat cepat kemas khemah terus bergerak ke Bangkok. Masa ni mental dah koyak sikit sebab semalam tak tido.

Kalau ikutkan plan nak ke Khao Yai dengan Khao Kho. Tapi Cikgu Kemar dah tak nak. Huhuhuhu… Sejuk katanya.

Maka kami gerak ke Jumpee Sunflower Field. Kemudian turun ke Bangkok dan terus ke Samut Songkram cari hotel dan check in. Malam ni Cikgu Kemar masak je.

Perbelanjaan Petrol : THB 1000 Hotel : KTC Place RM 86.97

10/12/2019 (Hari Kesepuluh)

Check out hotel, bergerak ke Damnoen Saduak floating market lepas tu ke Maeklong Market.

Lepas tu bergerak ke Swiss Sheep Farm di Hua Hin. Makan kat kedai Abang Mana, layan anak-anak dekat situ.

Kemudian kami gerak ke Mooz untuk makan petang/malam dan lepas tu bermalam di Surat Thani.

Perbelanjaan Petrol : THB 1050 chumpon

Hotel : 88 Fine Hotel RM 58.45

11/12/2019 (Hari Kesebelas)

Check out, pegi cari makan dekat area Surat Thani.

Awalnya plan nak ke Koh Samui. Tapi masa kat kedai makan hati dah teringat dekat Malaysia. Cancel dan terus gerak ke Hat Yai.

Alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia.

Jumlah Jarak : 5135 KM Perbelanjaan Petrol : THB 10000 Hotel : RM 560.00 ++

Menarik Kan?

Wah, lebih 10 hari berjalan di Thailand! Bawa kereta sendiri pulak tu. Memang jarang dibuat orang.

Apapun, ianya idea yang menarik untuk dicuba. Teringin juga merasa suhu 2 darjah Celsius tu kan? Sesuai sangatlah bagi penggemar alam semulajadi dan mereka yang sukakan cabaran.

Bila bawa kereta sendiri ni pun, dapatlah plan masa ikut kesesuaian keadaan kita, lebih-lebih lagi bila bawa anak-anak.

So, ada yang nak cuba?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×