Hebahan

Lebih Banyak Manfaat Dengan Kempen Sedap Sihat 22 Tahun

8
SHARES

Di samping menyambut ulang tahun ke 22, Kenny Rogers ROASTERS (KRR) turut melakukan sesuatu yang istimewa – menyumbang hidangan untuk organisasi-organisasi amal seluruh negara bagi setiap 22 ‘likes’ yang diperolehi di post Facebook rasmi mereka. Di penghujung kempen, KRR menerima lebih daripada 11,300 likes, yang menghasilkan lebih daripada 500 hidangan.

KRR melakukan lawatan kedua mereka ke Malaysian Nature Society (MNS) dan menyumbang 53 set Kenny’s Quarter Lite Meal kepada sukarelawan NGO sewaktu kempen ‘Unfortunate Tales of a Treeless World’ di Mid Valley Megamall baru-baru ini.

Ini merupakan kunjungan KRR yang kedua melawat sesebuah NGO bagi kempen ini, di mana mereka telah melawat EPIC sebelum ini.

KRR menyumbang 53 set Kenny’s Quarter Lite Meal kepada sukarelawan Malaysian Nature Society

(Dua sehingga empat dari kanan): Esther Woo, Penolong Pengurus Besar Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd, Raffi Ismail, Pengurus Pemasaran, Malaysian Nature Society dan Ling Shiau Yunn,Pengurus Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd

Bercakap bagi pihak Malaysian Nature Society, Raffi berkongsi, “Kami amat berbangga melihat KRR mengiktiraf usaha para sukarelawan yang telah berkorban masa mereka untuk mengambil bahagian di dalam tanggungjawab sosial terhadap alam sekitar.”

Untuk maklumat lanjut mengenai Kenny Rogers ROASTERS, sila layari www.krr.com.my atau www.facebook.com/krrmalaysia.

 

MENGENAI KENNY ROGERS ROASTERS

Kenny Rogers ROASTERS (“KRR”) pada asalnya ditubuhkan oleh penyanyi Kenny Rogers, dan bekas Gabenor untuk Kentucky, John Y Brown Jr, pada tahun 1991. Pada April 2008, Berjaya Corp Bhd (BCorp) telah mengambilalih dan Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd, anak syarikat kepada BFood and BCorp, merupakan pengendali rangkaian restoran KRR di Malaysia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×