Sihat

Banyak Khasiat Santan Untuk Anak & Ini Cara Simpan Santan Yang Betul

24
SHARES

Santan merupakan bahan masakan yang wajib bagi rakyat Malaysia. Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis hidangan tradisi yang kebanyakannya menggunakan santan sebagai bahan utama. Tidak kira makanan kuih muih ataupun sajian lauk pauk.

Namun begitu, tahukah anda santan ini juga mempunyai khasiat yang tersendiri untuk anak-anak tau. Oleh itu, jom belajar khasiat apa yang dibekalkan untuk anak-anak serta cara simpan santan yang betul. Baru boleh banyak buat stok kat rumah.

Baca juga: Cara Tukar Tombol Pintu Sendiri, Senang Je Rupanya!

Rugi tau kalau tak ajar anak suka makanan bersantan dari mereka kecil. Santan, tinggi dengan asid laurik. Asid laurik, bersifat antibakteria dan antivirus yang boleh melawan jangkitan kuman dalam badan anak-anak. Bagus sangat untuk imuniti anak-anak kan.

Antara masakan bersantan untuk anak-anak:

1. Nasi lemak.

2. Masak lemak kobis.

3. Masak lemak ikan, udang dan ayam.

4. Kari ayam dan ikan.

5. Lontong.

Saya share hari ini, macam mana saya simpan santan segar di rumah. Alhamdulillah, dengan cara mudah macam ini, saya dapat guna santan pada bila-bila masa sahaja yang saya nak. Korang tengok dalam gambar ya. Mana tahu korang pun boleh cuba sediakan kat rumah. Boleh tahan dalam 1 bulan macam tu. 

Sediakan bekas silikon macam ini dulu.

Boleh guna santan segar yang dibeli di kedai, atau perah sendiri di rumah. Kalau beli di kedai, pastikan tak ada campuran ye.

Ini rupa apabila dah siap masuk semua dalam bekas.

Bekas silikon ini ada penutup sekali. Mudah kan. Masuk dalam freezer, sekurangnya 6 jam.

Tada! ini lah rupanya kalau dah beku.

Masukkan dalam bekas, senang nak guna boleh terus ambil beberapa kiub.

Masuk santan kiub sahaja.

Masak spaghetti creamy pun boleh guna santan.

Santan segar dibekukan.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×