Rakyat

Cara Semak Status Bantuan Prihatin Nasional Untuk Pelajar Tingkatan 6, Diploma & IPT

93
SHARES
bantuan prihatin nasional untuk pelajar

Salah satu langkah PRIHATIN yang diumumkan YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 adalah bantuan secara one-off RM200 kepada setiap pelajar sepenuh masa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) meliputi pelajar matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Kementerian Kewangan dengan sukacitanya memaklumkan bahawa bantuan tersebut diperluaskan kepada pelajar tingkatan enam, pelajar diploma dan yang setara, termasuk di institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta MARA.

Dengan perluasan tersebut, peruntukan yang disediakan telah dinaikkan daripada RM270 juta kepada RM300 juta untuk memanfaatkan lebih kurang 1.5 juta pelajar.

bantuan prihatin nasional untuk pelajar

Berikut adalah antara soalan lazim tentang Bantuan Prihatin Nasional untuk pelajar menerusi kenyataan rasmi oleh Kementerian Kewangan yang dikemaskini 12 April 2020.

Baca dengan teliti untuk menyemak syarat kelayakan, cara memohon BPN untuk pelajar, serta tindakan yang perlu dilakukan selanjutnya.

1. Nilai Bantuan

Setiap pelajar yang layak akan menerima bantuan one-off (sekali terima) sebanyak RM200 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

2. Kelayakan

i) Warganegara Malaysia

ii) Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020 di institusi pendidikan berikut:

  • Kolej Komuniti
  • Politeknik
  • Universiti Awam
  • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
  • Tingkatan 6
  • Senior Middle 3
  • Sijil Tinggi Agama (STAM)
  • Diploma Kolej Vokasional
  • Diploma dan setara Insitusi TVET
  • Matrikulasi
  • Pengajian Asas (Foundation)
  • Asasi
  • A-Level
  • International Baccalaureate Diploma
  • Australian Matriculation Diploma
  • Diploma Lanjutan
  • Sarjana Muda dan setaraf
  • Sarjana dan setaraf
  • Doktor Falsafah dan setaraf
  • kursus diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
  • SKM4 dan ke atas di institusi bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar (MARA)

3. Cara Semak Status Kelayakan

Setiap pelajar boleh menyemak status kelayakan masing-masing di bawah pegawai Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar di institusi masing-masing.

4. Cara Saluran Bantuan

Bantuan akan disalurkan kepada pelajar melalui akaun bank pelajar mulai hujung bulan April 2020.

Setiap pelajar perlu mempunyai akaun bank tempatan dan mengemaskini maklumat kepada Unit Hal Ehwal Pelajar masing-masing.

5. Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia atau hubungi nombor yang tertera di akhir kenyataan media penuh berikut.

bantuan prihatin nasional untuk pelajar ipt

*Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×