Bantuan Khas Musaadah Khaira adalah satu inisiatif PPZ-MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
Ia dilancarkan pada 1 April 2020 dengan dana permulaan RM1juta diperuntukkan oleh PPZ-MAIWP dalam usaha membantu semua warganegara Malaysia yang memerlukan tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.
Melalui inisiatif ini, permohonan yang berjaya akan diberi bantuan ‘one-off’ RM300.
Berikut adalah info lanjut tentang Bantuan Musaadah Khaira PPZ yang perlu anda tahu.
1. Apakah Bantuan Musaadah Khaira PPZ?
Seperti yang dinyatakan di atas, Bantuan Khas Musaadah Khaira ini adalah khusus untuk warganegara Malaysia yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia bertujuan:
- Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
- Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan.
- Menyahut seruan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar Institusi Zakat lebih proaktif dalam membantu mereka yang memerlukan.
2. Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan bagi memohon bantuan Musaadah Khaira PPZ ini.
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.
- Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
- Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.
3. Cara Permohonan Bantuan Musaadah Khaira
Permohonan perlu dibuat hanya melalui atas talian sahaja (online) dengan melayari musaadahkhaira.zakat.com.my.
Permohonan boleh dibuat bermula pada 1 April 2020 dengan mengikuti 6 langkah berikut:
4. Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah:
- Salinan Kad Pengenalan
- Bagi yang bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan
- Bagi Peniaga / Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen
- Akaun Bank – Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.
Dokumen sokongan boleh diserahkan dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dokumen dan muat-naik (upload) di dalam borang permohonan.
5. Kadar Bantuan
Kadar bantuan adalah berbentuk ‘one off ‘ (sekali dapat) berjumlah RM 300 sahaja bagi setiap keluarga
Permohonan kali kedua adalah tidak dibenarkan demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.
6. Semak Status Permohonan
Untuk mengetahui status permohonan bantuan Musaadah Khaira-PPZ ini, anda boleh menyemak dengan memasukkan pengenalan diri di laman utama.
Bayaran bantuan akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang update atau pertanyaan mengenai permohonan ini, sila ajukan pertanyaan melalui medium berikut:
- Facebook Page: Khaira PPZ
www.facebook.com/musaadahkhairappz/ - Laman web rasmi Musaadah Khaira PPZ
Rujuk Terma dan Syarat selanjutnya di SINI.