Rakyat

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Dibayar 25 April Ini Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Kebawah

50
SHARES

Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bayaran itu juga diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP.

Baca juga: Semakan Permohonan Khas KWSP Boleh Dibuat Bermula 9 April

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRY DIBAYAR 25 APRIL INI

Bantuan khas itu membabitkan peruntukan RM923 juta bagi manfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara, lapor BH Online.

Selain itu, beliau juga menyatakan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal atas keprihatinan kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri

“Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April ini,” jelasnya.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini boleh meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×