Bantuan Banjir RM1000 Untuk Setiap Isi Rumah Terjejas
Kerajaan bersetuju memberi cuti kecemasan sehari pada Isnin (20 Dis) kepada semua kakitangan awam yang terlibat banjir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada Ahad.
Dalam pada itu majikan swasta disaran memberi cuti dan tidak memotong gaji atau cuti tahunan pekerja terjejas akibat banjir.
Selain itu, setiap ketua isi rumah yang terjejas juga akan diberi bantuan sumbangan RM1000.
Berikut dikongsikan selanjutnya tentang bantuan tersebut.
Bantuan Banjir RM1000 Untuk Setiap Isi Rumah Terjejas
Peningkatan kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada RM1,000 (dari RM500) bagi setiap isi rumah.
Bayaran ini akan disegerakan untuk Keluarga Malaysia yang terjejas.
Penyaluran RM50 juta serta-merta kepada NADMA/Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) bagi bantuan segera kepada keluarga yang terjejas dalam bentuk keperluan asas seperti tilam, selimut, pakaian, tuala wanita, susu dan lampin bayi serta makanan.
Peruntukan awal RM100 juta bagi persediaan usaha pemulihan pasca-banjir.
Bantuan Pembayaran Balik Bagi Peminjam Yang Terjejas Banjir
Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam usaha membaiki rumah-rumah dan infrastruktur awam yang rosak akibat bencana banjir. Peruntukan ini akan ditambah dari masa ke masa mengikut keperluan.
Sumbangan secara geran padanan dari GLC dan GLIC dengan pihak Kerajaan berjumlah RM40 juta bagi tujuan bantuan kepada mangsa.
Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan supaya institusi perbankan menawarkan program bantuan pembayaran bagi peminjam yang terkesan akibat musibah ini.
Cuti Kecemasan Akibat Banjir
Cuti kecemasan akan diberikan kepada semua kakitangan awam yang terkesan.
Bagi kakitangan swasta, syarikat disarankan memberi cuti berbayar atau “paid leave” kepada pekerja dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.
Baca juga: #DaruratBanjir: Senarai Lengkap Tempat Anda Boleh Salurkan Derma & Bantuan
Bantuan Di PPS
Selain itu, setiap PPS akan dilengkapi dengan pasukan perubatan dengan sekurang-kurangnya seorang doktor dan seorang jururawat.
Kemudahan asas seperti tandas awam mudah alih dan bekalan air bersih akan disediakan bagi memastikan keselesaan mereka yang ditempatkan di PPS.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Rangkuman Sidang Media Perdana Menteri 19 Disember 2021 melalui infografik di bawah:
Sumber: Facebook Perdana Menteri DS Ismail Sabri