Sihat

Bantu Bunuh Kuman, Doktor Jelas Kenapa Alkohol Dalam Hand Sanitizer Mesti Lebih 60 Peratus

12
SHARES

Ketegangan menghadapi pandemik Covid-19 kini memerlukan kita menjaga diri dengan lebih teliti. Lambakan produk cecair pembasmi kuman ataupun hand sanitizer membantu memudahkan penjagaan diri. Namun, adakah semuanya sesuai untuk digunakan? Awas, jangan beli sembarangan. Berikut penerangan Dr. Che Puteh berkenaan alkohol serta fungsinya dalam pensanitasi tangan.

ANTARA ISTILAH ALKOHOL PADA PRODUK HAND SANITIZER

– Denatured alcohol : 70-99% Ethanol + Methanol dan/atau bahan lain.

– Ethanol: 100% ethanol

– Rubbing alkohol : Isopropanol atau ISP. Pastikan hand sanitizer lebih 60% alkohol.

Semak nama-nama ini di botol hand sanitizer untuk memastikan jenis hand sanitizer. Ada hand sanitizer yang bukan berasaskan alkohol. Hand sanitizer ini menggunakan bahan antimikrobial. Tetapi kurang efektif banding alkohol.

Contohnya benzalkonium chlorida, sejenis sebatian kimia quarternary amine. Ia dimasukkan sekitar < 1 %. Sesuai untuk mereka yang sensitif dengan alkohol.

KANDUNGAN ALKOHOL PERLU MELEBIHI 60%

Ada juga bahan lain seperti hypochlorous acid. Tetapi tidak berkesan pada bakteria tertentu. Ia menghasilkan ion OCl- apabila larut dalam air sama seperti bahan aktif peluntur, sodium hypochlorite. Ia sejenis agen pengoksidaan tetapi kurang kuat banding peluntur.

Ada macam-macam jenis lagi dakwaan produk hand sanitizer. Hanya hand sanitizer mengandungi alkohol melebihi 60% berkesan membunuh mikroorganisme termasuk virus. Hand sanitizer mengandungi benzalkonium chloride dan hypochlorous acid juga berkesan, tetapi tidak setanding alkohol.

MEMBASUH TANGAN LEBIH EFEKTIF

Tahu kaedah mudah, murah dan berkesan membersihkan tangan? Guna sabun dan air. Hanya bila tiada sabun dan air, guna hand sanitizer. Elak sentuh muka jika belum basuh tangan dengan sempurna.

ANTARA PEMBERSIH TANGAN DI PASARAN DENGAN KANDUNGAN ALKOHOL

Hendaklah diperiksa kandungan alkohol terlebih dahulu sebelum membeli. Kandungan alkohol seperti yang disarankan ialah >70.

1. Watsons Anti-Bacterial Lavender Hand Sanitiser (Alcohol Denat)

2. Antabax Anti-Bacterial Sanitizer Spray (Alcohol Denat)

3. Dettol Hand Sanitizer Original (Alcohol)

4. Aiken Hand Sanitiser (Ethyl Alcohol)

5. Lifebuoy Hand Sanitizer (Alcohol Denat)

Jaga diri dan elak berada di tempat sesak.

Sumber: Dr. Che Puteh Osman

Most Popular

To Top
×