Hebahan

Bakal Juara Triatlon? Kanak-kanak Tonjol Bakat Di Putrajaya Perdana Aquathlon 2016

19
SHARES

Tidak lama lagi, rakyat Malaysia bakal melihat seorang juara di dalam sukan Triatlon jika Kelab Triatlon Tri-Amatur berjaya. Di perlumbaan Putrajaya Perdana Aquathlon 2016 yang baru berakhir, ramai atlet muda menyerlah dan menunjukkan semangat juang dan ketahanan.

 

SONY DSC

Kanak-kanak dari umur 7-9 tahun memulakan acara dengan berenang 100meter sebelum berlari sejauh 1km. Ia disusuli dengan kanak-kanak berusia 10-12 tahun yang berenang 100meter dan berlari 2km.

SONY DSC

Di dalam kategori 13-15 tahun pula, mereka berenang di dalam tasik sejauh 400 meter dan berlari 2.5km. Ini diikuti dengan atlet 16-19 tahun yang berenang 750m dan berlari 5km. Acara akhir menyaksikan orang dewasa bertarung di dalam kategori Terbuka, di mana mereka berenang sejauh 750meter dan berlari 5km. Lebih kurang 50 ibubapa menyertai acara sebagai marshal, menjadikannya perlumbaan yang unik dan sebuah acara keluarga.

SONY DSC

Cik Amy Ho, Setiausaha Kelab Triatlon Tri-Amatur, penganjur perlumbaan tersebut berkata, “Objektif acara ini adalah bagi mempromosi sukan Triatlon yang sihat di Malaysia, terutamanya memperkenalkan kanak-kanak kepada sukan. Triatlon sebenarnya melibatkan tiga acara sukan iaitu, berenang, berbasikal dan berlari, Putrajaya Perdana Aquathlon 2016 perlahan-lahan memperkenalkannya kepada atlet amatur, dengan mempunyai hanya dua daripada tiga acara.”

SONY DSC

Dato’ Rosman bin Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan Putrajaya Perdana Berhad (PPB), yang merupakan penaja perlumbaan berkata, “Memang teruja sekali melihat kanak-kanak muda berlumba bersungguh-sungguh. Ada di antara mereka tidak cergas sewaktu menyertai kelab, tetapi selepas beberapa sesi latihan, kami dapat lihat transformasi bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga kekuatan mental. Di PPB, kami percaya di dalam menggalakkan komuniti terutamanya yang muda-mudi untuk menjalani kehidupan sihat dan belajar untuk menangani cabaran kehidupan.”

SONY DSC

Mengenai Putrajaya Perdana Berhad

Putrajaya Perdana Berhad (PPB) merupakan salah sebuah kumpulan teratas yang terlibat di dalam sektor pembinaan, pembangunan hartanah dan konsesi. Sejak penubuhannya pada Julai 1998, PPB telah banyak menyiapkan projek berskala besar.

PPB berpangkalan di Presint 16, Putrajaya dengan mempunyai lebih kurang 450 kakitangan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.p-perdana.com

 

Mengenai Kelab Triatlon Tri-Amatur

Kelab Triatlon Tri-Amatur merupakan kelab triatlon bukan keuntungan yang berasaskan komuniti. Ditubuhkan pada Februari 2014, kelab ini berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Di dalam Kelab Triatlon Tri-Amatur, ia telah menubuhkan Pasukan M3X bagi mewakiti kelab di dalam kesemua acara yang mereka ambil bahagian. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Pasukan M3X, sila layari: www.teamm3x.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×