Dapur

Bakal Jadi ‘Kegilaan’ Anak-Anak, Jom Buat ‘Twister’ Ala-Ala KFC Ini Di Rumah!

818
SHARES

Memikirkan kos taraf hidup pun semakin meningkat, kos nak makan luar pun mestilah meningkat kan? Tambah pula bila ada anak-anak yang ramai. Bila sekali berkunjung ke restoran atau restoran makanan segera tu, boleh mencecah ratusan ringgit lah habisnya. Namun, anda jangan risau kami ada sediakan satu perkongsian resipi yang bakal menjadi kegilaan anak-anak iaitu Twister ala-ala KFC!

1. Bahan-bahan

-roti tortilla (mission wrap.di bakar skjp 2-3mnt.)
-isi ayam bahagian dada (di goreng tepung)
-mayonis
-sos thousand island
-salad
-tomato (di dadu)
-carrot (sagat)
-timun (sagat)
-keju (terpulang ctrsa sdri..xnk xpe.)

2. Cara Kedua

Ayam perap perasa sikit, biar 15-30 minit. Lepastu celup telur, golekkan dalam tepung. Celup telur lagi sekali pastu golek tepung lagi sekali. Tekan-tekan sikit ayam dalam tepung baru goreng.

www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my

3. Roti bakar sekejap

Kemudian sapu mayonis, susun salad, carrot, timun, tomato. Letak sos thousand island, letak ayam dan kemudian letak cheese. Balut kemas dan bakar lagi sekejap untuk cairkan cheese. Tak nak bakar pun takpe. Nak terus makan pun boleh.

**Inti ni boleh letak banyak mana yang kita mahu, lagi best, nak letak apa-apa pun boleh. Ikut kreativiti masing-masing.

www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN

4. Hasilnya!

www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my

Memang nampak macam apa yang kita pesan di KFC kan? Sudah semestinya akan menjadi kegemaran anak-anak!

Sumber: Mastura Razali 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×