Terapi

Dulu Makan Daging Kucing, Kini Industri Baju Bulu Kucing Pula Diperkenalkan. Kejamnya!

3.1K
SHARES

Sedihnya tengok kucing-kucing diperlakukan begini. Siapa sangka, ada yang sanggup membunuh kucing untuk dimakan, bahkan kini bulu kucing pula nak dibuat baju. Memang tak patut!

Namun, itulah yang betul-betul berlaku menurut kenyataan oleh Persatuan Haiwan Malaysia menerusi sebuah posting di Facebook.

Perniagaan Berasaskan Kucing Rancak Dikembangkan Di China & Vietnam

Dalam posting tersebut, dikatakan kedua-dua negara ini sedang giat mengembangkan industri berasaskan kucing.

Beberapa negara luar seperti China dan Vietnam sedang rancak mengembangkan perniagaan berasaskan kucing.

Tidak cukup industri makanan daging kucing. Kini industri kostum baju dan kulit bulu kucing mula diperkenalkan.

Animal Malaysia akan membantah sekeras-kerasnya industri hina ini jika dilakukan di Malaysia kerana haiwan peneman (companion) tidak sesuai dijadikan bahan industri komersil yang membuahkan kezaliman.

Renung dalam-dalam wajah kucing tersebut sebelum kulitnya dan bulunya mahu disiat-siat untuk industri makanan atau kostum baju dan jaket bulu kulit kucing.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1127453404128525&id=633109216896282

Menzalimi Haiwan Adalah Satu Kesalahan

Kucing mahupun anjing tergolong sebagai haiwan domestik / peliharaan di mana ia tidak sepatutnya diperlakukan dengan kejam, apatah lagi dijadikan makanan atau pakaian.

Menurut laman web rasmi Jabatan Veterinar, di Malaysia, terdapat akta yang dikuatkuasakan bagi melindungi haiwan di mana perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh Mahkamah boleh dikenakan denda RM50,000/= atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Malah di peringkat antarabangsa juga, tentunya terdapat undang-undang terpakai yang melindungi hak haiwan yang diperlakukan dengan kejam ini.

Namun bagi sesetengah daerah di dunia, seperti di Yulin, China terutamanya, ia adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh mereka. Menurut laporan BBC pada tahun 2017, setiap bulan Jun akan berlangsung Pesta Makan Anjing dan Kucing di mana lebih 10,000 haiwan akan dikumpulkan dan disembelih untuk dimakan. Eeee ngerinya!

Selain China, antara negara lain yang masih mengamalkan amalan memakan haiwan seperti anjing dan kucing termasuklah Taiwan, Vietnam, Thailand dan Korea Selatan.

Tindakan ini juga dikutuk oleh Persatuan Haiwan secara global kerana memperlakukan haiwan ini sedemikian.

Kita yang tengok ni pun rasa kasihan dan marah. Ish, rasa tak sanggup nak pakai baju dari bulu kucing. Bukannya tak ada baju lain yang boleh pakai.

Lagipun banyak lagi makanan boleh makan kan? Kenapa kucing dengan anjing juga yang korang nak makan?!

Korang rasa?

Most Popular

To Top