Rakyat

#Bajet2021: Kerajaan Umum Pemberian Komputer Riba, Manfaat Kepada 150 Ribu Murid

210
SHARES

Terbaharu, Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan hari ini dirangka berlandaskan empat tema utama iaitu menjaga kebajikan rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi, melestarikan kehidupan dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam. Pembentangan belanjawan kali ini yang diketuai oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata semua tema itu bertujuan menjayakan wawasan kerajaan untuk menjadi pentadbir yang lebih mantap.

PEMBERIAN KOMPUTER RIBA KEPADA 150 RIBU MURID

Dalam norma baharu, pembelajaran secara dalam talian telah menjadi satu amalan. Sehubungan itu, kerajaan mengumumkan bahawa GLC dan GLIC akan menyumbang sebanyak RM 150 juta ke dalam Tabung CERDIK bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid di 500 sekolah sebagai projek rintis.

Projek ini akan diselia oleh Yayasan Hasanah.

Bukan itu sahaja, Kementerian Pendidkan juga akan menambah baik Rancangan Makanan Tambahan dengan penyediaan bekalan susu daripada dua kali seminggu kepada setiap hari sepanjang proses persekolahan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×