Didik

Siap Ada Tutorial Bunuh Diri, Mak Ayah Kena Pantau Kartun Kegemaran Anak Suka Tonton Di Youtube

2K
SHARES

Memberi tontonan kartun kepada anak-anak merupakan perkara normal yang akan dilakukan oleh ibu bapa. Pastinya dengan memberikan tontonan sebegini, memudahkan lagi ibu bapa untuk menyelesaikan segala kerja kerana anak-anak akan lebih fokus kepada kartun tersebut.

Peppa Pig merupakan salah satu rancangan kartun yang menjadi kegilaan kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara seperti Britain dan Amerika Syarikat. Namun, sejak kebelakangan ini ibu bapa di sana sudah mula mendapati bahawa kandungan rancangan animasi ini mempunyai unsur-unsur yang tidak menyenangkan untuk tontonan anak-anak.

TOLONG KAWAL TONTONAN ANAK-ANAK!

Mempunyai akses tanpa had dalam media sosial seperti laman Youtube dalam kalangan anak-anak perlu dipantau oleh ibu bapa. Ibu ini juga berkongsikan beberapa rancangan kanak-kanak di Youtube yang langsung tidak disekat oleh pihak mereka dan akan memberi impak negatif kenapa anak-anak.

Bukan sahaja karakter Peppa Pig, malah karakter animasi kegemaran anak-anak seperti Frozen, Spiderman dan Mickey Mouse juga dijadikan ‘penarik’ untuk anak-anak menonton. Apa yang merisaukan adalah kandungan rancangan lebih tertumpu kepada isu pembunuhan dan kekerasan kepada tubuh sendiri!

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan di dalam Educate Inspire Change, dimana ibu ini berkongsikan bahawa perilaku anak-anaknya semakin berubah selepas terlampau banyak menonton Peppa Pig di laman Youtube. Situasi tersebut boleh dilihat apabila anaknya lebih suka menghentak kaki dan suka membuli.

TUTORIAL BUNUH DIRI PUN ADA?

Dr. Free Hess yang merupakan seorang Paedritician dan ibu di Amerika Syarikat memberi pendedahan kepada orang ramai tentang salah satu kandungan di laman Youtube yang sangat merbahaya kepada anak-anak. Dr. Hess memberitahu CNN bahawa kandungan yang mengandungi ‘tutorial bunuh diri’ tersebut dijumpai sekitar bulan July tahun lepas. Memang merisaukan apabila terdapat seorang lelaki di dalam video tersebut yang menerangkan tentang cara-cara untuk memotong nadi di lengan secara terperinci. Pastinya, anak-anak kecil adalah golongan yang paling mudah untuk terpengaruh!

Mendapat pelbagai kecaman dari orang ramai, pihak Youtube turut memberitahu CNN bahawa mereka sedang mempertingkatkan sistem kawalan untuk Youtube Kids dimana akan lebih selamat untuk memilih kandungan rancangan untuk tontonan anak-anak.

kids control youtube

Macam mana nak report?

1) Klik butang seperti (“…”) di bawah video yang ditonton.
2) Cari pilihan “Report”, dimana ada lambang bendera.
3) Pilih jenis kesalahan (violation) video.

*Hati-hati ya mak ayah pilih video untuk anak-anak tengok tu.

Sumber : Linda Nguyen, CNN

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×