Sihat

Makan Limau Mandarin Batuk? Rendam Guna Air Garam / Baking Soda – Dr Fatimah Salim

16
SHARES

MAKAN LIMAU MANDARIN BATUK?

Mungkin ini antara soalan yang sering ditanya oleh orang ramai menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

Ada yang memang suka betul makan limau mandarin, tapi ada juga yang seakan-akan ‘alah’ terhadap limau ini.

Ia dikatakan boleh menyebabkan batuk dan asthma.

Di sini kami kongsikan penjelasan oleh Dr Fatimah Salim menerusi Group Makmal Makanan (MaMa) di Facebook.

Kenapa Makan Limau Mandarin Batuk?

Limau mandarin batuk

Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa mengenai benarkah memakan limau Mandarin boleh menyebabkan batuk dan apakah puncanya?

Jawapannya adalah YA, boleh.

Bahan Kimia Pengawet Pada Kulit Limau Mandarin

Kulit limau Mandarin (juga sesetengah buah segar lain juga) mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2).

Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet untuk mengekalkan kesegaran dan menghalang pertumbuhan kulat pada buah.

Sebenarnya dalam kuantiti yang sedikit, ianya tidak mendatangkan bahaya kerana badan kita boleh bertoleransi dan mampu untuk detox secara semulajadi.

Sebab itu FDA membenarkan ianya sebagai pengawet pada makanan. Untuk sistem badan normal, ianya tidak akan terkumpul dalam badan ya.

Tiada istilah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Selain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam makanan (contoh buah kering seperti kismis, prune…) dan minuman (minuman berkarbonat dan beralkohol).

Jika tidak, mudah saja buah kering ini ditumbuhi kulat dan tidak tahan lama.

Cara Hilangkan Bahan Pengawet Pada Limau Mandarin

Jika mahu membuang bahan pengawet ini, eloklah direndam seketika dan dibasuh beberapa kali dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan.

Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air membentuk bahan kimia asid sulfurik (yang cair).

Merendam seketika dengan air garam/ baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.

Limau mandarin batuk

Adakah semua individu akan terkesan dengan SO2 sebagai pengawet ini?

Tidak.

Hanya sesetengah individu sensitif kepada bahan kimia ini yang mana boleh menyebabkan gejala seperti sakit tekak dan batuk.

Dan bagi mereka yang mempunyai penyakit asthma pula berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.

Untuk saya dan anak-anak, yang tidak mempunyai masalah kesihatan, kami kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini.

Tidak semestinya jika kita terkesan, orang lain terkesan sama. Maka, seperti yang saya selalu pesan, ambil tahu tahap kesihatan dan fahami badan sendiri.

Beringatlah…, jika badan sudah mula menunjukkan tindakbalas (gejala), maka sedarlah dan berhentilah.

Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!

Nota: Tahap toleransi ini boleh berubah dengan peningkatan usia. Maka tidak hairanlah jika dulu kita tiada masalah dengan pengawet SO2, kini boleh terkesan pula.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua.

*Sumber: Dr Fatimah Salim via Makmal Makanan (MaMa)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×