40 Minggu

Muntah Teruk Lepas Makan ‘Telur Goyang’, Dr Pesan Ibu Hamil Agar Peka Dengan Kuman Salmonella

2
SHARES
salmonella

Seorang doktor tampil berkongsi kisah mengenai telur menerusi laman Twitter miliknya.

Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, seorang wanita hamil mengalami muntah-muntah teruk kerana tidak sengaja makan telur mentah daripada hidangan roti telur goyang.

“Sedihnya bila tengok ibu yang tengah mengandung tu termuntah-muntah sampaikan dah tak boleh nak kira berapa kali muntahnya keluar.

“Lagi pula bila nampak dua belah matanya dah merah berair. Punyalah seksa menahan rasa loya.
“Selidik punya selidik, barulah kami tahu rupanya ibu tu dah termakan telur mentah.

“Biasa sangat makan roti telur goyang sejak dari zaman belum mengandung. Tengah hamil pun masih terbawa-bawa lagi tabiat serupa.

Kuman Salmonella Berbahaya Untuk Ibu Hamil

Menurut Dr Ahmad Luqman, hidangan itu sememangnya sedap, namun kaum ibu harus waspada dengan kuman Salmonella.

Mana yang normal macam kita ni boleh jadi selamat je bila makan tapi untuk ibu hamil memang bahaya.

Malah katanya, sistem imunisasi ibu hamil juga lemah, sekali gus meningkatkan risiko kejadian seperti itu.

“Betul. Memang nikmat sangat bila dapat jamah telur kuning. Tambah pula yang cair meleleh macam tu.

“Tapi kena tahu juga telur yang tak dimasak sempurna ni berisiko tinggi tercemar dengan kuman Salmonella.

“Ibu hamil antara golongan yang mudah terkena jangkitan teruk akibat penyakit Salmonella Enteritis.

“Nak buat macam mana, orang mengandung ni sistem imunisasi tubuh mereka tak berapa kuat. Nanti mulalah sakit perut cramping, muntah dan cirit birit teruk,” ujarnya.

cara buat telur separuh masak

Beberapa Lagi Makanan Yang Dilarang Untuk Ibu Hamil

Selain telur separuh masak, Dr Ahmad Luqman memberi saranan agar ibu hamil berhati-hati dengan beberapa makanan lain.

“Kena hati-hati juga dengan makanan ini kerana semua makanan ini biasanya mengandungi bahan mentah.

  • cake icings,
  • salad dressings,
  • scrambled egg
  • homemade mayonis
  • sushi

Foto Kredit: wikimedia.org

Suami Juga Perlu Peka Ya!

Tambah Dr Ahmad Luqman, bukan sahaja si ibu, malah suami juga harus peka dengan hal ini.

“Itulah sebabnya kenapa suami pun kena belajar ilmu untuk jaga kesihatan ibu mengandung ni.

Kata Dr Ahmad Luqman, kuman Salmonella boleh membuatkan keguguran atau kelahiran pramatang.

*Kredit: Dr Ahmad Luqman Bukhari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×