keselamatan

Berkepekatan Tinggi, 3 Kanak-kanak Dilapor Termakan ‘Candy Detergent’ Dalam 24 Jam – Pusat Racun Negara

1.5K
SHARES

Bagi yang selalu shopping online, anda mesti perasan dan pernah nampak sejenis pencuci pakaian yang dijual dalam bentuk paket atau kapsul berwarna-warni dikenali sebagai ‘candy detergent’.

Sekali pandang ianya nampak praktikal dan memudahkan.

Cuma perlu letakkan sebiji ke dalam mesin basuh dan terus jalankan mesin basuh macam biasa. Dah tak perlu lagi nak tuang-tuang macam yang kita biasa buat.

Sebenarnya ‘candy detergent’ ni dah digunakan secara meluas di luar negara.

Maka kes keracunannya pada kanak-kanak juga pernah berlaku dan pelbagai kempen keselamatan dilakukan bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa.

Bukannya tak boleh pakai, cuma ia perlu disimpan jauh daripada kanak-kanak dan pastikan tempat simpanannya juga tidak terdedah serta sentiasa berada di bawah pengawasan orang dewasa.

Dalam sebuah posting oleh Pusat Racun Negara, telah dilaporkan bahawa mereka telah menerima 3 kes kanak-kanak ‘termakan’ candy detergent dalam masa 24 jam!

Berikut adalah pesanan yang penting  oleh Pusat Racun Negara untuk ibu-ibu tahu.

Bahaya candy detergent

Bahaya Candy Detergent Pada Kanak-kanak – Pusat Racun Negara

“𝗖𝗮𝗻𝗱𝘆 𝗗𝗲𝘁𝗲𝗿𝗴𝗲𝗻𝘁”?

Eh, sabun ke gula- gula ni?
Nampak sedap je…
Keliru kan?

Tahukah anda, PRN telah menerima 3 kes kanak- kanak termakan “candy detergent” ini dalam tempoh kurang 24 jam?

Produk ini didapati banyak dijual secara atas talian.

Tanpa label, warna yang menarik dan dipaketkan dalam bekas seperti bekas makanan, produk ini memang sukar dibezakan antara sabun atau gula-gula.

Keracunan candy detergent malaysia

Produk yang dijual sebagai sabun pencuci baju ini dipromosikan mempunyai kepekatan yang tinggi. Hanya 1 unit untuk 1 cucian.

Selain mengandungi bahan pencuci, produk ini juga dikatakan mengandungi pelembut pakaian dan disinfektan.

Hal ini akan menyebabkan kesan keracunan yang teruk jika termakan dalam kuantiti yang signifikan.

Produk ini telah berada dalam pasaran di negara lain lebih lama dan mereka juga mencatatkan kes keracunan seperti di Ireland, UK dan Kanada.

Di Ireland, kes keracunan disebabkan oleh “candy detergent” ini telah dilaporkan sejak tahun 2014 lagi.

Keracunan candy detergent malaysia

Terdapat kes-kes melibatkan kanak – kanak yang termakannya, mengalami simptom berikut:

  • Muntah
  • Bengkak di tekak akibat kesan iritasi
  • Masalah kesukaran bernafas
  • Ada juga kes yang terkena pada mata.

Langkah Keselamatam Yang Perlu Diambil

Adakah anda ingin mengambil risiko keracunan dengan menggunakan produk seumpama ini?

Jika masih ingin menggunakan produk ini pastikan:

1. Dikendalikan oleh orang dewasa sahaja

2. Simpan di tempat yang tinggi dan sukar dicapai oleh kanak – kanak

3. Simpan dalam bekas yang berwarna legap, bukan bekas lutsinar serta bukan bekas menyimpan makanan

Bahaya candy detergent malaysia

Ibu Ayah Kena Lebih Berjaga-jaga Jika Mahu Menggunakan Produk Sebegini

Jadi ibu bapa dan penjaga khususnya perlulah lebih peka kalau menggunakan pencuci pakaian jenis kapsul seperti ‘candy detergent’ ini ya.

Bukan tak boleh pakai langsung, tapi yang ada kanak-kanak di rumah kena faham risiko ini.

PENTING untuk kita ambil langkah keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tak diingini daripada berlaku.

Ianya boleh dicegah dan ianya bermula dari kita!

*Sumber: Pusat Racun Negara, 29 Julai 2020

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×