keselamatan

Walaupun Cantik, Jauhkan Hydrangea Dari Kanak-kanak & Haiwan Peliharaan – Pusat Racun Negara

1.9K
SHARES

Sejak akhir-akhir ni warna pastel memang menjadi pilihan ramai dalam pelbagai rekabentuk dan hiasan.

Begitu juga halnya dengan bunga Hydrangea, atau juga dikenali dengan panggilan Bunga Siti Zubaidah.

Menurut sebuah posting terkini oleh Pusat Racun Negara, tumbuhan ini walaupun cantik, ia mempunyai bahaya yang tersembunyi.

Bahaya hydrangea

TRIVIA TUMBUHAN BERACUN – BUNGA SITI ZUBAIDAH (Hydrangea)

Pokok bunga Hydrangea merupakan pokok hiasan yang paling sesuai hidup di kawasan tanah tinggi.

Ia semakin mendapat tempat di hati peminat bunga kerana warna bunganya yang lembut.

Selain daripada itu, keistimewaan bunga ini ialah ia mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk mekar sepenuhnya dan warnanya akan bertukar-tukar sepanjang masa tersebut.

Bahan Kimia Merbahaya Pada Hydrangea

Namun, dalam kecantikan itu ternyata ada bahaya yang tersembunyi.

Penggemar bunga perlu tahu bahawa bahagian tumbuhan ini terutama getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.

Bahan kimia ini boleh menyebabkan

  • rasa loya
  • sakit perut
  • muntah-muntah
  • cirit birit
  • lemah otot
  • sawan
  • koma
  • kematian

(*bergantung kepada kuantiti yang terdedah.)

Peminat bunga ini perlu berhati-hati mengendalikannya terutama sekali jauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan.

Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu.

Nota:

1. Macam mana pokok ini beracun? Sentuh je boleh keracunan?

TIDAK, jika terkena cecair / getah baru ada risiko keracunan.

2 . Adkah jika potong pokok ini untuk tanam balik akan keracunan?

Pakai sarung tangan jika berkebun. Segera cuci tangan jika terkena, terutamanya sebelum makan dan minum.

*Sumber: Pusat Racun Negara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×