keselamatan

PDRM Ingatkan Orang Ramai Hati-hati Buang Bungkusan Pos, Elak Scammer ‘Curi’ Maklumat Peribadi

128
SHARES

Berikutan sebuah video yang viral tentang scammer yang memgambil kesempatan terhadap maklumat peribadi pada bungkusan pos yang dibuang di tempat awam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi peringatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dalam membuang sampul surat atau bungkusan yang mengandungi maklumat peribadi setelah melakukan pembelian secara atas talian.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, ianya bagi mengelakkan maklumat pembeli seperti nama, nombot telefon dan alamat rumah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memperdayakan pembeli.

Buang Bungkusan Pos Dengan Cara Yang Selamat

“Ingin diingatkan kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati apabila membuang sampul surat atau bungkusan yang ada mengandungi maklumat peribadi mereka.

“Pastikan pembuangan dibuat dengan cara yang selamat bagi mengelakkan maklumat tersebut digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan,” kata beliau dalam sebuah kenyataan media yang disiarkan di Facebook.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan agar orang ramai memeriksa terlebih dahulu barangan yang dibeli sebelum melakukan pembayaran kerana merupakan takstik scammer dalam menipu mangsa.

Berikut adalah kenyataan penuh dari pihak PDRM:

*Sumber : Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×