Famili

Bahaya Asyik Tengking Dan Jerkah Anak, Ini Pesanan Si Ayah Supaya Otak Anak Tak ‘Rosak’!

395
SHARES

Senario seperti anak pijak kopiah si ayah selalu pakai ke masjid dan anak tercampak telefon bimbit ke lantai boleh dikatakan sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seharian ibubapa. Kadang-kadang sampai ibubapa pun ada hadnya dan bertindak untuk menengking anak!

http://www.raikankasih.com/

Memang akan rasa puas selepas tengking anak tu,namun tahukah anda bahawa perbuatan ini dapat ‘merosakkan’ otak anak? Jom kita baca perkongsian si ayah ini tentang pengalaman beliau sendiri dengan perangai anak. Kena fikir dua kali kalau nak mula tengking anak tu tau!

http://www.karangkraf.com/

ANAK PIJAK KOPIAH!

giphy.com

Geramnya hati saya tadi. Boleh pulak si Maryam Soolihah ni sengaja pijak kopiah yang saya selalu bawa pergi solat! Dah la pijak dengan selipar dia yang baru je pijak pasir yang mungkin ada najis kucing! Ikut emosi dan hati memang geram nak jerkah tapi bila ingat balik bahaya jerkah ni saya sabarkan je lah hati ni.

Kenapa bahaya jerkah and tengking ni?

www.additudemag.com

Jerkah dan jerit ni boleh buatkan ‘otak reptilia’ anak saya akan jadi dominan! Sekali dua tengking mungkin ok lagi tapi kalau selalu ditengking dan dijerkah ‘otak reptilia’ yang berfungsi untuk ‘survivor’ si anak bila dalam situasi terancam akan muncul dan menjadi dominan!

Bila ‘otak reptilia’ tu dah dominan, anak kita akan jadi perenggus, pemarah dan silap haribulan boleh jadi ganas dan tak terkawal. Tu la kenapa ramai sangat yang bagitahu saya anaknya jadi makin ganas dan sukar dikawal bila si anak tu selalu dijerkah dan ditengking.

http://www.woodcockpsychology.com.au/

Jadi, tolong mak ayah semua, segeram mana pun kita tolong la jangan jerkah dan tengking anak kita. Naikkan suara dan tunjuk mimik muka marah je kalau dah marah sangat tapi jangan sampai jerkah ye. Ingat, otak dan emosi anak tu amanah buat kita. Sekali dah rosak keduanya, nak menyesal pun dah tak guna.

Sumber : Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×