Sihat

‘ Bahan Anti-Kuman’ – Ini Kebaikan Menangis & Apa Air Mata Mampu Lakukan

17
SHARES

Emosi seseorang manusia kadang-kala bergantung kepada keadaan sekeliling. Dari emosi juga kita boleh tahu perangai seseorang itu. Bagi yang panas baran, itu paling senang untuk dikesan.

Walaubagaimanapun, menangis juga merupakan antara emosi yang kebiasaannya di keluarkan ketika berlakunya apa apa sahaja situasi yang mengaitkan dengan keadaan seseorang. Situasi sekeliling juga dapat mendorong kepada tangisan. Bak kata orang ‘cengeng’ lah kalau selalu menangis.

Ikuti perkongsian oleh Public Health Malaysia melalui laman Facebooknya berkaitan kebaikan menangis. Mungkin lepas ni ramai yang nak menangis tetapi jangan tidak tahu kerana menangis tanpa sebab yang jelas sebenarnya adalah tanda awal kemurungan.

Air Mata Ialah ‘Antibiotik Semulajadi’

Menangis adalah respon biasa seseorang manusia apabila berhadapan dengan situasi beremosi seperti sedih, gembira, marah dan ketakutan. Selepas menangis bola mata yang kering akan kembali lembab. Mata juga akan berasa lebih lega dan bergerak dengan lebih lancar.

Sebenarnya, air mata juga mengandungi bahan anti kuman yang melindungi dari jangkitan mata. Air mata mengandungi lysozome yang dapat berfungsi sebagai “antibiotik semulajadi”. Selepas menangis air mata akan mengalir ke rongga hidung. Ruang pernafasan akan menjadi lebih lancar, degupan jantung akan kembali normal. Anda akan merasa lebih lega dan tenang.

Menangis Adalah Sesuatu Yang Baik Untuk Kesihatan

Antara kebaikan dari tangisan ialah:

– Menstabilkan degupan jantung

– Melancarkan bebola mata

– Memberi ketenangan

– Melindungi mata dari jangkitan

– Melancarkan pernafasan

– Membantu untuk tidur

Hormon Oxytocin Dan Endorphins Akan Di Rembeskan

Selepas menangis kesedihan dan kedukaan yang di alami dapat diredakan. Tangisan akan merangsang daya “parasympathetic” yang membantu seseorang individu untuk bertenang. Selepas menangis anda akan berasa mudah tidur. Ada yang terlena dengan air mata yang masih bergenang.

Jika anda perhatikan, selepas menangis, bayi biasanya akan tertidur. Selepas menangis hormon oxytocin dan endorphins akan di rembeskan. Hormon ini membantu untuk melegakan kesakitan fizikal dan emosi. Hormon ini juga berfungsi untuk mewujudkan kegembiraan dan keseronokan.

Selepas menangis toksin dan bahan kimia yang menyebabkan stress akan di keluarkan menerusi air mata. Pengkaji percaya, menangis dapat mengurangkan toksin di dalam tubuh. Walaubagaimanapun, menangis merupakan antara tanda tanda kemurungan. Dapatkan rawatan sekiranya anda;

– Menangis tanpa sebab yang jelas

– Menangis terlalu kerap

– Menangis mengakibatkan kehidupan harian anda terjejas

– Menangis yang tidak terkawal

Menangis adalah tindakbalas normal manusia apabila berhadapan dengan situasi yang beremosi. Apabila anda berada dalam keadaan sedih, sakit dan marah, menangis boleh memberi sedikit kelegaan. Namun sekiranya ia berlaku terlalu kerap, air mata tidak lagi dapat membantu anda. Dapatkan rujukan doktor untuk rawatan lanjut

Sumber : Public Health Malaysia

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×