Teknologi

Baca & Google Docs Akan Tuliskan Untuk Anda Dengan Voice Typing, Tak Payah Taip Dah!

1.5K
SHARES

“Banyaknya benda yang aku kena taip ni, lenguh tangan…”

Buat anda yang selalu terlibat dalam kerja atau hal berkenaan menaip kini boleh menarik nafas lega. Hal ini kerana, dengan aplikasi kemudahan dalam Google Docs anda hanya perlu membaca dan membiarkan Google yang menaip untuk anda! Mungkin ramai yang masih belum tahu caranya oleh itu, wanita ini berkongsi cara yang mudah sekali supaya anda tak perlu lebih tangan nak menaip lagi!

INI CARA-CARANYA

1.Buka Google Docs

2. Di Menu, pilih Tools

3. Pilih Voice Typing

4. Kemudian, akan muncul satu kotak microphone dengan pilihan bahasa.

5. Boleh pilih bahasa ikut kepada bahasa apa yang anda mahu.

6. Akhir sekali, klik simbol microphone dan warna simbol akan bertukar jadi merah, rakaman sudah bermula.

7. Dah boleh baca dan google akan taipkan untuk anda!

*Dah siap! Cepat siap kerja kan?

Sumber : Maisarah Pauzi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×