Percutian

Baru Tahu Rupanya Boleh Order ‘Babyccino’ Yang Sihat Untuk Anak Di Starbucks. ‘No Sugar, No Coffee!’

5.1K
SHARES

Wah, kami pun baru tahu yang dekat Starbucks ada minuman khas untuk kanak-kanak yang dinamakan ‘Babyccino’.

Menurut sebuah posting di Facebook Happy Baby Foods Malaysia oleh Shezz Yusof, minuman ‘Babyccino’ di Starbucks ni sebenarnya adalah susu suam yang ditabur dengan serbuk koko dan / atau serbuk kayu manis.

Dan yang paling seronok tu, di sesetemgah outlet ia boleh didapati secara PERCUMA tau, macam yang dikongsikan dalam posting ni.

Nak share, kalau mak ayah lepak Starbucks mesti anak pun teringin nak minum kan? So, untuk anak yang 1 year and above, bolehlah order “BABYCCINO” ni hehe.

Jangan risau sebab no sugar, no coffee sebab dia hanyalah warm milk dan ditabur atas tu dengan cinnamon powder or/and unsweetened cocoa powder. Dan saya tanya barista, dorang menggunakan FULL CREAM MILK.

Yang penting, IT’S FREE hehe

**DISCLAIMER : MAYBE SESETENGAH OUTLET SAJA YANG FREE YA. AND SEPANJANG SAYA ORDER, TAK PERNAH BAYAR. DAN KESEMUANYA ADALAH DI BRANCH YANG BERLAINAN**

 

Mesti Anak Teruja

Tengok gambar pun nampak sedap kan? Sesekali tu mesti anak pun mesti teringin dan teruja bila dapat minuman yang dibuat oleh barista macam ni kan?

Kalau Google dan di FB page Starbucks pun, rupanya memang ada menu ni. Cuma mungkin di Malaysia ia belum popular seperti di luar negara.

Menurut Starbucks Malaysia, walaupun minuman ini boleh diberi percuma namun bergantung pada keadaan kerana ia bukanlah polisi rasmi mereka.

Jadi bertanyalah dulu pada outlet tersebut bila nak order nanti ya.

Apapun, selain hot chocolate, ibu ayah lepas ni boleh order Babyccino ni dekat Starbucks untuk anak-anak.

Lagi berkhasiat kan?

 

*Sumber: Shezz Yusof via Happy Baby Foods Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×