Asuh

Awas! Bayi Sering Mengamuk & Berat Badan Tak Naik, Ini Mungkin Simptom ‘Tongue Tie’

11
SHARES

Masalah Tongue Tie atau Ankyloglossia adalah keadaan lidah tidak dapat digerakkan sebebasnya. Akibat pergerakan lidah yang terbatas, orang Melayu sering menamakannya sebagai “pendek lidah”. Periksa simptom-simptom berikut pada bayi anda untuk mendapatkan nasihat dan rawatan segera.

RAGAM BAYI DENGAN MASALAH TONGUE TIE

1. Kerap mengamuk ketika menyusu

2. Bayi anda masih kelaparan walaupun sudah lama menyusu

3. Kenaikan berat badan bayi tidak memuaskan walaupun kerap menyusu

4. Anak anda alami masalah pertuturan atau pelat

Tongue tie adalah keadaan dimana terdapat selaput membrane yang melekat antara lidah & lantai mulut. Mengakibatkan pergerakan lidah bayi terbatas & terikat. Masalah ini boleh dikesan selepas kelahiran apabila secara rutin doktor meletakkan jarinya di bawah lidah bayi. Namun begitu, ada kalanya ia sukar dikesan sehingga bayi itu membesar.

PENYEBAB TONGUE TIE

Faktor kongenital dimana membran yang sepatutnya hilang selepas kelahiran masih kekal melekat antara keduanya.

GEJALA-GEJALA TONGUE TIE

1. Bayi sukar melekap pada puting ibu sewaktu menyusu

2. Bayi selalu mengamuk ketika/selepas menyusu kerana tidak kenyang

3. Kenaikan berat badan tidak memuaskan

4. Sakit atau luka pada puting ibu

5. Kesan buruk pada pertumbuhan gigi

6. Pelat/lambat pertuturan

Bagaimana nak tahu ada Tongue tie? Bayi atau anak Anda tidak mampu keluar atau jelir lidah melebihi paras gigi bawah. Satu kajian oleh Messner (2002). Anak yang ada tongue tie tak boleh sebut huruf ‘R’ / ‘L’ kerana hujung lidah pendek. Jadi sebutan “Rupa” akan berbunyi “Wupa”.

RAWATAN TONGUE TIE

Segeralah berjumpa Doktor Pakar ENT atau pun Pakar Pergigian Kanak-kanak jikalau bayi / anak anda alami gejala-gejala seperti diatas. Agar pemeriksaan awal dapat dilakukan demi perkembangan pertuturan & tumbesan anak anda.

Menurut Dr. Zubaidi pula, beliau tidak mengesyorkan pembedahan. Kecuali bayi tersebut mengalami kesukaran menyusu, menelan cecair, bertutur dengan baik (pelat). Jika pembedahan frenotomy dilakukan. Pendarahan selepas pembedahan agak minima dan akan berhenti selepas beberapa minit. Jika kanak-kanak tersebut telah besar pembedahan mungkin akan lebih kompleks.

Jadi, lihat dan sentiasa utamakan kebaikan daripada mudarat. Jika ia menganggu penyusuan dan pertuturan, maka lakukanlah pembedahan itu.

Sumber: Dr. Mohd Shaiful Nizam . Dr. Zubaidi Hj. Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×