Dapur

Asyik Buat Sambal Je, Apa Kata Cuba Pula Resepi Udang Goreng Kari. Semerbak Bau!

103
SHARES

Udang sejenis makanan laut yang sesuai dimasak untuk pelbagai menu lauk pauk. Dah biasa masak sambal apa kata kita cuba goreng kari pula. Pasti membuatkan perut sesiapa sahaja bekeroncong hebat. Kaya dengan bau dan rasa kari, dimakan bersama hidangan sepinggan nasi panas memang melengkapkan hari anda. Cuba jangan tak cuba!

BAHAN-BAHAN UDANG GORENG KARI

– Bawang besar 2 biji

– Bawang putih 3 ulas

– Halia

– Cili hijau

– Bawang holland

– Bawang putih

– Serai

– Daun kari

– Serbuk kari ayam goreng adabi

– Maggi cukup rasa

– Gula perang

– Kentang (tambahan)

CARA PENYEDIAAN UDANG GORENG KARI

1. Kisar bawang besar 2 biji, bawang putih 3ulas, halia, cili hijau (kalau nak pedas boleh tambah cili api)

2. Hiris bawang holland, bawang putih, serai dititik dan daun kari

3. Udang letak garam dan kunyit

4. Goreng separa masak

5. Kentang di goreng

6. Tumiskan bahan yang dikisar guna minyak lebihan goreng udang tadi. Dan kalau perlu tambah minyak lagi. Tak apa minyak lebih nanti dah masak boleh kaup sebab nak bagi cantik pecah minyak

7. Bila dah garing masukkan bahan hirisan bersama daun kari

8. Letak serbuk daging

9. Goreng sampai pecah minyak, masukkan sedikit garam, maggi cukup rasa dan sedikit brown sugar

10. Akhir sekali masukkan udang dan kentang yang digoreng tadi

11. Siapp udang goreng kari!

Sumber: Masak Apa Hari Ni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×