Rakyat

Aplikasi SELANGKAH Diperbaharui Dengan Ciri-Ciri Canggih Yang Lebih Mesra Pengguna

2
SHARES

Dikenali terutamanya di negeri Selangor, sistem pengesanan kontak pertama negara SELANGKAH melancarkan semula aplikasi mudah alihnya, Selangkah App. Namun, kali ini dengan memperkenalkan ciri-ciri kesihatan dan komersial baharu bagi membantu lagi pengguna dalam mengharungi pandemik Covid-19.

Aplikasi ini telah dilancarkan buat pertama kalinya pada Mei 2020 sebagai salah satu medium penggunaan segera untuk memudahkan pemantauan orang awam semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan akibat pandemik Covid-19. Terbaharu, versi terkini Selangkah App seterusnya dilancarkan secara maya pada hari ini oleh Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari.

“Keselamatan dan kemudahan pengguna adalah keutamaan kami. Pada waktu negara sedang menuju ke arah digitalisasi, penambahbaikan ini disasar bagi menawarkan perlindungan dan kemudahan buat semua.” kata Tengku Iesta Tengku Alaudin, Ketua Pegawai Eksekutif Selangkah Ventures Sdn Bhd (pemilik ekosistem SELANGKAH).

CIRI-CIRI APLIKASI SELANGKAH YANG BAHARU

Selain daripada pengesanan kontak, ciri-ciri SELANGKAH yang sedia ada adalah:

1.Crowd Trend – graf kekerapan sesebuah premis menerima pengunjung.

2.Affected Premises Map – peta lokasi yang terjejas akibat kes Covid-19.

3.Check Your Exposure Risk – fungsi ini menyemak silang log pengunjung pengguna dengan premis yang terjejas untuk mengetahui sama ada mereka terdedah kepada Covid-19.

4.Visitor Log – papan data bagi pihak berkuasa menyemak jika mana-mana premis melanggari SOP.

Menerusi Selangkah App, sistem pengesanan kontak ini telah dinaiktaraf supaya tahap kesihatan dan keselamatan pengguna dilindungi terutamanya sepanjang pandemik ini.

Ciri-ciri baharu yang diperkenalkan adalah:

1.Dual-System Scanning – kamera pengimbas aplikasi ini mampu mengimbas kedua-dua kod QR SELANGKAH dan MySejahtera, lalu membolehkan pengguna menikmati kemudahan kedua-dua platform ini.

2.GPS Check-In – pengguna boleh mendaftar masuk dengan menggunakan sistem pengesanan lokasi (GPS) telefon pintar mereka tanpa perlu mengimbas kod QR.

3.QR Code Scan History Log – pengguna boleh menyemak sejarah pendaftaran masuk mereka.

4.Bulletin Board – papan buletin memaparkan notis pengumuman terkini daripada kerajaan mengenai perkembangan semasa mengenai Covid-19.

SELANGKAH  TAWARKAN FUNGSI SELANGKAH ID & SELANGKAH BIZ

SELANGKAH turut menawarkan fungsi komersial seperti SELANGKAH ID dan SELANGKAH BIZ bagi membantu mereka yang terkesan akibat ekonomi negara yang terjejas teruk akibat pandemik.

SELANGKAH ID merupakan pengenalan digital pertama di dalam negara. Ia merupakan sistem bersepadu (Single-Sign-On) yang membolehkan pengguna mengakses semua fungsi SELANGKAH. Ia boleh mengesahkan sebarang transaksi yang memerlukan pengesahan digital dan biometrik. Tidak lama lagi, SELANGKAH ID turut menawarkan akses bagi perkhidmatan berkaitan kerajaan. ID Digital ini juga dibangunkan dalam usaha untuk mencapai Agenda Smart Selangor.

Sementara itu, SELANGKAH BIZ menawarkan penyelesaian tanpa tunai yang direka khas untuk peniaga mikro, kecil dan sederhana, membolehkan mereka menerima pembayaran dari mana-mana penyedia e-dompet.

Sebagai contoh, penjaja yang hanya mempunyai akaun bank tetapi tidak mempunyai akaun e-dompet, kini boleh menerima bayaran daripada e-dompet pelanggan mereka. Platform ini juga membolehkan penjaja menguruskan transaksi jualan harian mereka serta menjana invois elektronik untuk pelanggan. Canggih!

Dapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan SELANGKAH menerusi Selangkah App yang boleh dimuat turun secara percuma di laman web selangkah.my (untuk semua sistem operasi), ataupun Google Play Store dan tidak lama lagi di Apple App Store.


http://mirziamov.ru/mfo-online/zaim-ekapusta.html
Untuk maklumat lanjut, layari selangkah.my atau emel enquiry@selangkah.my.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×