Hebahan

Aplikasi Halau Nyamuk, Satu Revolusi Melindungi Diri Dari Nyamuk Aedes

4
SHARES

 

Pemaju penyelesaian mobil, New Wave Communications Sdn. Bhd., hari ini memperkenalkan Kil-Dengue, iaitu aplikasi mudah alih revolusi yang direka untuk menangkis nyamuk yang merupakan pembawa penyakit dengan menjana frekuensi atau gelombang bunyi yang menghalau mereka!

Aplikasi ini mengambil masa 3 tahun untuk diperkembangkan dan diuji terhadap jenis nyamuk tempatan bagi memastikan keberkesanannya. Formula frekuensinya didapati berkesan menghalau lebih daripada 75% nyamuk Aedes Aegypti yang merupakan vektor utama pembawa denggi dan keberkesanannya telah diuji oleh Institut Penyelidikan Perubatan, Malaysia.

John Sung, Chairman of New Wave Comm gave his speech during Kil-Dengue media Launch

Encik John Sung, pengerusi daripada New Wave Communications memaklumkan kepada media di majlis pelancaran aplikasi bahawa teknologi menggunakan frekuensi bunyi untuk menghalau nyamuk bukanlah baru. “Niat asal kami adalah untuk menyesuaikan teknologi yang sedia ada di Korea untuk pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun, apabila kami mendapati bahawa gelombang bunyi yang lain diperlukan untuk menghalau nyamuk di Malaysia, kami mengambil keputusan untuk mengusahakannya dan ia diuji oleh Institut Penyelidikan Perubatan agar frekuensi yang betul digunakan berkesan untuk menghalau nyamuk pembawa denggi, “katanya.

Sesungguhnya, Malaysia mempunyai jenis nyamuk dan senario denggi yang berbeza. Pada tahun 2014, negara ini menyaksikan peningkatan yang dramatik dalam jumlah kes denggi yang dilaporkan, dan trend itu berterusan dalam tempoh suku pertama 2015 dengan 32,535 kes dan 101 kematian dilaporkan bersamaan 37% kenaikan kes dan menggandakan bilangan kematian dalam tempoh yang sama pada 2014. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sejumlah 108,698 kes denggi telah dilaporkan pada tahun 2014, melebihi paras 100,000 untuk kali pertama dan merupakan peningkatan 151% berbanding 2013. Wabak sepanjang tahun ini adalah yang paling teruk dalam sejarah negara kita, yang mengorbankan 215 nyawa.

Oleh itu, ia menjadi keperluan untuk melindungi rakyat Malaysia daripada denggi, aplikasi mobil Kil-Dengue khusus dibangunkan dan diuji untuk menangkis nyamuk Aedes Aegypti dengan berkesan, yang merupakan vektor utama bertanggungjawab menyebarkan virus yang menyebabkan denggi. Menurut Dr. Hidayatul Fathi Othman, Profesor Madya Parasitologi dan Entomologi Perubatan di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam perbentangan semasa pelancaran menjelaskan bahawa nyamuk Aedes selalunya dtemui di populasi nyamuk tempatan dan nyamuk Aedes Aegypti mewakili 90% daripada jenis yang menyebarkan denggi di rumah.

Dr Hidayatul, Associate Professor of Parasitology & Medical Entomology, UKM  presenting on dengue & Aedes mosquitoes

 

“Nyamuk Aedes Aegypti menyebarkan jangkitan virus denggi sewaktu menggigit, tetapi hanya nyamuk betina menyuburkan yang telah membiak berbuat demikian kerana memerlukan protein darah manusia untuk telur di dalam badannya. Setelah membiak, mereka akan menghindari nyamuk jantan,” jelasnya.

Dorothy Yap, Ketua Aplikasi Mobil di New Wave Communications berkata, “Dengan mengikut tingkah laku nyamuk betina ini, aplikasi kami menghasilkan frekuensi terbang nyamuk jantan untuk menghalau nyamuk betina, dan diuji dapat menghalau 75% daripada vektor ini dengan berkesan.”

Dorothy menambah: “Frekuensi kami mempunyai bunyi yang sangat rendah atau tidak kedengaran ke telinga manusia. Walaupun begitu, ia mempunyai pic yang betul yang dapat menghalau nyamuk Aedes Aegypti dengan berkesan.”

Dorothy Yap, Head of Mobile App fron New Wave Communication to explain on the development of Kil-Dengue app and test result of the app conducted by IMR

“Selain daripada keberkesanannya, kebaikan menggunakan aplikasi menghalau nyamuk adalah mobiliti, kebolehpercayaan, dan ia senang digunakan. Ia senang didapati atas talian dan setelah muat turun, anda boleh mengaktifkan frekuensinya bila-bila masa dan di mana –mana sahaja apabila diperlukan, walaupun di tempat yang tiada isyarat; dan hasilnya adalah segera!”

 

Aplikasi mudah alih Kil-Dengue ini boleh digunakan untuk Android dan IOS. Hanya perlu mencari ‘Kil-Dengue’ dalam App Store dan Play Store. Aplikasi ini akan muncul seperti biasa. Anda hanya perlu memuat turun dan mulakan langganan anda.

 

Langkah-langkah untuk Memuat Turun Aplikasi Kil-Dengue

1. Pergi ke Play Store / App Store

Sila buka app Google Play anda pada alat anda

2. Cari Kil-Dengue

Gunakan fungsi carian dan cari ‘Kil-Dengue’

3. Muat turun dan Pasang

Hanya klik pada app dan pasang dan anda sudah bersedia untuk menggunakannya

 

Kil-Dengue adalah aplikasi mudah alih berasaskan langganan satu kali. Jumlah cajnya adalah RM10.00 untuk langganan dengan alat mudah alih Android, dan USD2.99 untuk alat mudah alih IOS. Bayaran akan ditolak terus dari akaun App Store atau Play Store anda. Untuk melanggan, pastikan akaun Google atau Apple anda dikaitkan kepada kredit atau kad debit anda.

Kajian formulasi frekuensi menghalau nyamuk Kil-Dengue akan terus dijalankan untuk membaikpulih ratio penghalauan nyamuk Aedes Aegypti. Sementara itu, frekuensi aplikasi tersebut sedang menunggu kelulusan paten. Malaysia merupakan negara pertama di mana aplikasi ini diperkenalkan, diikuti oleh negara-negara Asia Tenggara kelak.

[infobox title=’Tentang New Wave Communicaation’]

image003

Ditubuhkan pada tahun 2012, New Wave Telecommunications Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang menggunakan teknologi mudah alih terkini untuk mengubah gaya hidup masyarakat kepada yang lebih baik. Ia merupakan pencipta penghalau nyamuk Kil-Dengue.

[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×